Tuesday, October 6, 2009

Awan Band&Karnival Gegar Harian Metro-Aura Seri Dungun


Hari nie betul betul letih, bangun jer tido terus aku bersiap siap pergi ke tempat printing untuk CD group Awan Band. Kalau korang nak tahu kumpulan Awan Band nie adalah kumpulan baru yang berkerjasama dengan anggota hujan iaitu AG di studio kamar seni milik AG(hujan). AG yang memperkenal kan aku kepada group awan band nie dengan ully, boboi dan Faris(vocalist). Kebetulan 2 bulan lalu aku ada hantar CD kat AG terus AG suggest nama aku kat group awan band untuk printing CD sebab aku boleh dapatkan harga yang berpatutan untuk diaorang. So pagi tadi aku pergi ke kilang untuk mendapatkan contoh tiket untuk masuk tender tiket untuk konsert Hujan.

Cover Album Awan Band-Design by Boboi (awan band)

Cover belakang Awan Band

Contoh Tiket dari pengilang~


Lagu Awan Band





Lepas je pergi ambil contoh tiket aku terus drive ke TV3 berjumpa dengan Ian (TV3) untuk ajak makan. Sebelum nie janji dah banyak kali nak lepak sama tapi aku sibuk dengan kerja. Sorry la Ian yer ade masa nanti leh gie karaoke. Lepas berborak borak jam menujukkan pukul 1.30 terus aku anta Ian ke TV3 dan aku terus ke Pesona Pictures di Taman Tun berjumpa dengan Datin Paduka Suhaimi Baba atas urusan peribadi. Masuk je pejabat pesona nampak poster Datin Paduka Suhaimi Baba dengan logo Discovery Channel. Nak tanya segan sebab itulah kali pertama aku jumpa dengan Datin Paduka. Selesai pertemuan kat pejabat pesona pictures aku terus drive ke NST Office kat Bangsar. Nasib baik dekat.

Jumpe dengan Roslan Shah, Aliff AF6 dan Razali Husain untuk photoshoot dengan Harian Metro. Actually aku pun ade sedikit urusan dengan pengasas Aura Seri Datin Ira Ghani untuk projek Karnival Harian Metro kat dungun. Sepatutnya Erry hadir phootshoot nie dengan Kak Akma (Harian Metro) tapi dia pulak terikat dengan jadual shooting dari pagi sampai ke malam. So aku terpaksa la gi cna sebagai wakil erry. Sebelum nie pun aku berurusan melalui phone sahaja dengan Datin Ira.

Photoshoot

Razali tengah mencuba produk Aura Seri

Datin Ira, Roslan Shah, Razali Hussain , Aliff AF6

Lepak jap

Razali, Datin Ira, Datuk Dr Ibrahim(husband datin ira, Aliff dan aku

produk Aura Seri

Ramai yang tanya aku apa produk Aura Seri nie. Oklah untuk pengetahuan korang Aura Seri merupakan minyak aromaterapi yang diperbuat daripada campuran 7 jenis bunga dan campuran garam mineral. Ianya digunakan untuk tujuan menyerikan tubuh badan dan wajah. Produk ini di titiskan di dalam air mandian (3 titis atau 7 titis) dan kemudian dibilas pada mandian terakhir. Kalau orang dulu2 mandi dengan air bunga untuk membuang caj2 negatif didalam badan.Produk ini lebih kurang sama. Pengasas untuk produk ini Datin Ira sendiri mempunyai kepakaran kerana Datin Ira Ghani menuntut dalam bidang kecantikan di India. Beliau mempunyai Diploma Kecantikan in Alternative Medicine
Open International University of Culcutta India(Master Reiki, Aromatherapy, Herba, Colour Therapy, Psikologi, Mind Therapy dan merupakan pakar Perunding Kecantikan

* Info Aura Seri www.auraserinur.com.my
Menyedari potensi perniagaan dan atas tujuan mendidik masyarakat mengenai sains baru ini, pihak Positive Image Resources telah mengambil langkah dinamik dan inisiatif menjadi perintis teknologi Aura nombor satu di Malaysia ini dan seterusnya memperkenalkan satu-satunya produk yang telah diuji secara klinikal di pusat penyelidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan telah mendapat pengiktirafan antarabangsa daripada International Institute of Health Science, Open International University for Alternative Medicine dan juga Positive Life Foundation yang terbukti dapat membantu memperbaiki dan mengekalkan Aura positif seseorang selain dari digunakan secara meluas bagi wanita dan juga lelaki sebagai produk kecantikan.

info dipetik dari www.auraserinur.com.my:
Aura Seri dihasilkan dengan gabungan 7 jenis minyak pati bunga yang diekstrak secara semulajadi yang mewakili 7 warna dan frekunsi yang dipertenagakan dengan butiran Kristal terpilih, garam Kristal bermutu tinggi, tenaga bunga emas dan juga tenaga alam semesta. Selain baik untuk meningkatkan mutu Aura seseorang, Aura Seri juga sinonim dengan 1001 kahsiatnya dan telah dimanfaatkan oleh ribuan pengguna yang berjaya mengubah personaliti dari negatif ke positif dan menjalani kehidupan yang lebih baik selain sinonim dikalangan kaum wanita sebagai produk kecantikan yang membantu menyerlahkan seri wajah mereka. Selain dari itu, Aura Seri juga boleh digunakan untuk tujuan penyembuhan luka kecil dan kecederaan minyak panas selain dari resdung. Aura Seri juga sesuai untuk digunakan sebagai medium Aromatherapy dan juga melegakan stress dan merupakan rahsia kesempurnaan untuk kehidupan yang lebih positif.

Habis photoshoot Datin Ira belanja aku, razali, roslan shah dan aliff makan kat Nandos ditemani Datuk Dr Ibrahim (husband Datin Ira). Anyway terkejut gak sebab Datin Ira dan husband memang sangat ramah dengan aku walaupun pertama kali aku jumpa dan berurusan. So kepada orang dungun kalau nak jumpe Roslan Shah, Razali, Fazli Zainal dan Erry Putra boleh la ke Gerai Aura Seri 9 dan 10 oct nie yer kat Dungun-Karnival Harian Metro.

Makan kat Nandos Bangsar Village

Minggu nie gak sempat la gak aku g umah terbuka Fasya Sandha, Farhan AF, Haziq AF, Fizz Fairuz. Tapi makan still control takut naik macam bulan puasa tempoh hari. Harap harap pas nie leh turun kan few kg lagi.. k la dan kul 4 pagi nie saje jer aku update blog untuk yang rajin membaca. Nite....

No comments: