Saturday, October 17, 2009

Pisau Cukur, NST Open House&Murai.com & Eqien Weeding Market


Poster

Tiket~

Poket Calendar

Assalamualikum alhamdulilah selepas selesai Karnival di dungun aku sibuk pulak dengan press relase MLC grop of Companie yang menganjurkan Majlis amal dengan anak anak yatim dan tahfiz bersama Mawi, M.Nasir dan Nash di Mandarin Oriental KL pada 1hb November di KL. Maklumlah nak buat PC(press conference) dah tak sempat. So aku dan Kak mas hanya membantu MLC dengan menyediakan Press Release untuk media. So kat sini nak ucapkan terima kasih pada wartawan hiburan di Harian Metro (Yanie), Zul Husni (Berita Harian), Along(Editor-Kosmo),NST-Suraya Al Attas-Editor, Abie(Metro ahad, Kak Wanda, Abg Nizam Kring Kring, Intan Diana,digun (Sinar), Shazana (Media Hiburan).

Sebenarnya kerja wartawan tak tentu masa. Kena pulak buat coverage story malam lah jawabnya balik rumah tapi diaorang still layan aku dan Kak Mas bila kitaorang anta press relase nie. Thnks sebab bantu aku dan Kak Mas. Harap harap masa event nanti media dapat hadir bersama sama meriahkan Majlis Makan Malam Amal ini nanti. Insyallah.

Oklah dalam minggu nie aku berkesempatan menonton Gala Premier "Pisau Cukur" bersama wartawan dan pelakon pelakon filem ini kat Cathay Cineleisure. Ramai wartawan yang hadir untuk menonton seterusnya menghadiri sidang media. Kalau tanya pendapat aku filem ini "OK" untuk ditonton. Cuma ada beberapa adegan kelihatan seperti diadakan di studio. Penampilan Nabil(Raja Lawak) dalam filem Pisau Cukur ini aku rasa "OK" untuk scene program realiti, tapi apabila dia muncul lagi ketika di kapal aku rasa macam tak sesuai. Itu pendapat akulah. Dari segi lakonan Fazura berjaya menghidupkan kararektor cuma Maya Karin aku nampak macam biasa. Tapi rupa rupanya memang pengarah nak Maya Karin dalam filem nie berlakon karektor begitu. Penampilan Datuk Rahim Razali memang "BESH" sebab lakonan sebagai Datuk yang gatal menjadi!. Ternyata Datuk Rahim boleh bawak macam macam watak. Teringat pulak aku menonton watak Datuk Rahim dalam filem "Cinta"-Arahan Kabir Bhatia.

Aaron Aziz pun okay yang berlakon sebagai detektif persendirian. Cuma pelakon baru lelaki dalam filem ini aku tak kenal sangat tapi lakonannya bolehlah. Tak adil plak aku memberikan komen beria2 sebab aku nie pun bukannya pandai sangat dalam bidang lakonan. Overall filem Pisau Cukur aku kategorikan sebagai "OK" dan bolehlah untuk kita pergi tengok. Harap sesiapa yang membaca pergilah tengok filem nie dan support industri filem tempatan k.

Dalam minggu nie jugak aku berkesempatan pergi ke rumah terbuka NST & Berita Harian di Hilton dan rumah Terbuka Murai.com yang diadakan di rumah anak anak yatim di Subang Jaya. Di Hilton sambutan diadakan cukup meriah. Ramai personaliti dan artis yang hadir antaranya Aznil, Irma, Farahwahida, Dafi, Nubhan, Nikki dan lain lain. Datuk Farid dari TV3 pun hadir. Aku dan Kak Mas sempat jumpa dan salam dengan Kak Cham-Editor Berita Harian dan En Adam-Editor untuk Harian Metro. Sempat jugak salam dengan Dato'Sharifah Aini. Kebetulan Kak Mas memang mengenali Dato Sharifah Aini dan jadi MC untuk Press Conference-Dato Sharifah Aini baru baru nie.

Izwan dan Dato Sharifah Aini

Aznil & Irma

Lepas je ke Hilton terus g jumpa Geng Murai.Com. Best gak aktiviti kat murai ada pertandingan Karaoke. Sempat juga salam dan borak2 ngn Elly dan wartawan murai yang lain. Anyway Kari ayam kat rumah terbuka Murai.com memang SUPERB. 5 Bintang aku kasi. Punyalah sedap!! Kat sini jumpe abg nas-melodi dan artis artis yang lain. Bagi aku ok jugak adakan rumah terbuka kat rumah anak yatim ni. At least adelah jugak hiburan sekali sekala buat mereka tapi kalau tak silap murai.com memang selalu buat dengan rumah rumah anak yatim untuk event mereka.Bravo untuk team murai. Teruskan usaha murni anda itu ya.

Aku jugak dalam minggu nie sempat menghadiri rumah terbuka Eqien tuan punya weeding market. Eqien nie adalah usahawan berjaya yang buat bisnes weeding. Aku kenal Eqien nie pun dari PA Rozita Che Wan-Shahdan. Kalau sesiapa yang nampak bunting kat bawah ni aku lah orang yang deal job nie untuk Erry Putra. Erry berganding dengan Ayu Raudhah untuk jadi Model Iklan Bunting Eqien . Memang meriah majlis terbuka eqien nie. ade band lagi. Sempat gak la aku bawak Izwan dan aliff untuk membuat persembahan.

Bunting Eqien Butik

Gambar Besar ini terpampang sebelum korang masuk Eqien Weeding Market. Owh Lupa Butik weeding market nie terletak di Centrium Setiawangsa belakang Petronas Setiawangsa yang ada Giant tu.

Flower Arch yang terdapat dalam Eqien Market

Flower Stand

Contoh Pelamin

Candle Stand yang terdapat di Eqien Butik

Silver Candle stand

Contoh barangan yang terdapat di Eqien Butik

Kalau ade yang nak call eqien butik untuk sewa dewan, meja kerusi dan lain lain boleh terus ke Centrium Lot 12861 Setiawangsa.


Eqien sambut birthday malam tu~

Ramaikan Dewan nie boleh muat. eqien dan husband sewakan untuk orang ramai apa apa majlis pun especially majlis kawin. Bestkan? Butik Eqien kat Ground Floor, dewan Eqien kat Roof Top (Tingkat 6 kalau tak silap)

Eqien, Izwan dan Aliff. Eqien baju hijau dan sahabatnya

Aliff dan Nurshelila nanyi band

izwan nyanyi lagu raya dan Kembali Senyum

Aliff lagu Alisya

3 comments:

Ahmad Nor Azlie Bin Ramli said...

Nan:

nak tegur macam mana ko sibuk ngan rosyam nor and bersalam dengan satu org ni aku dgr bos NSTP (berbaju melayu kuning agak beumur) bersama dengan Izwan.

kang aku tegur plak aku yg malu sebab ko tak perasan aku mana satu hahahaha

takpe tgk dr jauh je walaupun meje sebelah jer, aku duduk meja VVIP Naza

Nan said...

Owh aah one of the boses from NST. Yerlah bila dah gi open house kena la salam dengan tuan rumah. At least ko duduk jugak meja VVIP aku nie lagi la tak de meje. Meja aku kat luar hahahah..

Ajami Hashim said...

Salaam Nan,

kau tunggu Dato' Rahim berlakon lagik ganas dlm MUALLAF film by Yasmin Ahmad mulai 24 dis nanti!~ huhu!