Ello.. assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog aku yang disayangi Pheewitt.. Amacam ade sihat ke? Harap harap semua sihat sejahtera di samping mereka yg di cintai
Sebelum aku print CD erry & Amylea aku dah dapat order printing lain lagi yeaaaaa. Alhamdulillah ade gak job printing bulan nie. Printing CD kali nie adalah dari indie Band yang bernama Pop Konspirasy.. Lagu diaorang not bad.. Hasil dari sentuhan Ully - Awanband dan AG Hujan. AG Hujan merupakan pakar arrangment manakala engineer nya pula ialah Ully. Dua mereka ini aku kenal semasa di Studio Kamar Seni milik AG.Vokalistnya Ialah Putu. Orang yang memperkenalkan aku Band ialah Rahmat Manager AwanBand... Hopefully aku boleh dapat job job printing yang lain. Kepada mereka yg kat luar tu nak printing CD bole la contact aku yer.. Baru tadi aku dok bermsg ngn Amylea dia nak cepat kuarkan CD dia insyallah rasanya kalau tak de masalah siap la CD Amylea tu sekali dengan kumpulan Flava.. Tapi sebelum tu jum kita lihat CD kumpulan Pop Konspirasy dan Flava...
Lama tak update blog last update tentang cara cara membuat sirih junjung yang hado.. hahah. Bz sikit sejak dua menjak ni. Balik rumah pun malam. nak kemas katil pun tak sempat. update yang terbaru aku baru je dapat single terbaru Erry Putra, Shajiry dan Erry untuk di print dan di edarkan cuma menanti CD plate design dari kimi. Siap Cd plate design boleh la terus hantar untuk di cetak. Yang besh nya juga aku dah dapat design dari Amylea untuk Single terbaru nya yang akan diprint bersama dengan kumpulan Flava yang dianggotai bersama Rizu. Amylea
Yang latest aku pi bercuti bersama hsmate ke Penang. Asalnya tak dapat pergi sebab aku busy dengan kerja dan hari sabtu lepas BarryMore production panggil aku untuk casting tuk pilot project rancangan Astro-Program. Kalau ikutkan kelakar juga. Aku dalam malas malas nak pi shoot tuk casting pi jugak. Tu pun setelah dipujuk oleh abang shafiq tuk buat casting tu. Abg shafiq merupakan agen modelling tuk Barrymore production . Aku jumpa dia pun semasa aku kuar ngn si tom berkaraoke di Alam Manda Putrajaya tiba tiba ada orang menyapa aku dan tom tawarkan tuk join modelling casting. Kelakarkan? tapi cuba je lah kan kalau ade rezeki.
Pergi ke penang pun biasa sahaja bagi aku sebab penang tu dah macam rumah aku. So tak da apa yang menarik tuk aku ceritakan. Plan nak pergi bukit bendera pun tak pi sebab agenda utama ke penang ialah mencari kuah rojak Mak bee, jeruk dan shopping lah. Anyway kepada semua ramai yang tak tahu baju baju di Penang adalah yg termurah pernah aku beli. Even kat bangkok pun tak dapat lawan. percaya tak aku dapat beli 7 helai baju tshirt, 4 helai seluar dengan harga yang kurang rm 100. Percaya atau tidak tapi itulah hakikatnya. Tempat yang aku dapat tu ialah di Megamall Pulau Pinang! Lepak2 Penang Batu Feringgi Ngn ayul Sempat buat Hair make over kat Salon Bukit Jambul
Baru baru ini aku berkesempatan meluangkan masa menghadiri majlis perkahwinan Aidil AF3 dengan pasangannya Jue.. Sebenarnya dari tahun lepas lagi Aidil minta bantuan aku untuk menguruskan majlis perkahwinannya terutama melibatkan sponsporship. Cuma aku nak minta maaf banyak banyak pada Aidil sebab sebaik sahaja aku berhenti kerja di tempat lama berehat 3 bulan aku terus acccept tawaran kerja di tempat baru yang membuatkan masa aku agak terhad untuk mencari penaja bagi majlis perkahwinannya.
Bukan tak nak membantu cuma masa agak terhad tambah lagi pada hari sabtu aku tetap bekerja walaupun separuh hari. Tapi alhamdulillah walaupun aku tidak dapat membantu , majlis yang diadakan cukup meriah. Asalnya aku agak keberatan hendak menghadiri majlis ini kerana berseorangan, tapi nasib baik ade nazir, farith dan azmeer yang juga turut datang, Kalau tak mati kutu aku sorang2. Yanie dari Harian metro pun datang memeriahkan majlis persandingan Aidil. Aidil plak bersungguh2 minta aku datang siap hantar kad jemputan kat opis aku.. so rasa bersalah plak kalau aku tak hadir.
Tema yang digunakan di Majlis perkahwinan mereka ialah berkonsepkan warna purple dan putih.. agak blend juga color ini. Aku cukup teruja apabila melihat hiasan lampu bulat ikea, balai santapan dan pelamin dihias indah. Baju dikenakan berwarna putih warna yang memang menjadi kegemaran aku. Sofa besar yang menjadi tempat persinggahan raja sehari cukup unik seumpama kulit kerang bagi mutiara berwarna purple.. terdapat satu pentas yang disediakan bagi persembahan yang diadakan.Bagi aku tema, warna dan hiasan yang di jelmakan agak kontemporari dan berbeza dengan majlis lain lain artis.
Kenapa aku macam buat karangan nie ha? adus sorry la ya rasa macam nak mengulas kat majalah perkahwinan pulak aku rasa.. tapi apa pun aku bersyukur sebab ape pun Aidil dah selamat melangsungkan perkahwinan dia. Teringat masa mula mula kenal aidil nie dia memang suke cakap pasal pompuan. tambah tambah kalau tengok pompuan cantik, tengah makan pun boleh berhenti. aku ingatkan apa rupa rupanya tengok pompuan jalan. Tapi yang bagus nya tentang Aidil yang ramai orang tak tahu dia sememangnya sayangkan jue. even nampak pompuan pun boleh terus teringat kat jue.. kadang kadang plak teringat kat mak dia.. hahah.. aidil memang macam tu dia memang manja dengan mak dia.. baguslah berkat hidup kita nie kalau menyanjungi ibu kita. kepada aidil dan jue selamat menempuhi alam perkahwinan.. dan selamat berbahgia hendaknya.. cuma frust kenapa aku tak dijemput menyanyi??? sepatutnya ko kena panggil aku menyanyi gak okay walaupun aku nie bukan artis hahahaha... oklah membebel sampai esok pun tak habis.. terimalah bingkisan gambar gambar semasa weeding Perhatikan warna gabungan purple dan putih.. agak menarik kan? bunga ros purple tu pun cantik. kalau korang perhatikan chandilier yang diletakkan tu sangat berbeza dengan mana mana perkahwinan.. agak rendah sebab nak membiaskan cahaya keatas warna sofa. Kat sini chandilier ber-tiang diletakkan di samping jatuhan renda dan bunga ros. Sebelah kanan diselitkan lampu ikea~ Ini pandangan kek dari dekat~ Kek yang diletakkan sudut tepi sebelah pelamin balai santapan dan pemandangan meja tetamu Lampu ikea yang menarik dan mempesonakan tetamu yang hadir~ Aidil & Jue~ Farith Taib membuat persembahan~ farith, azmeer, yannie & zoufi Aidil, me & farith~
Bagi yang dah lupa Aidil AF3.. sila lihat video AF dibawah~Kelakar
Pernah tak korang tengok Anne Ngasri masa kecik2 dulu.. comel bangat.. Iklan Planta. Kat sini nak mengimbau Iklan dulu2 yang pernah disertai oleh artis2 tanahair kita.
Antara nya Allahyarham Yusni Jaafar, Azah aziz, sofea Jane, hairi othman, aishah, zeila jalil, edika yusuf, azhar sulaiman dll
Pernah tak korang lihat interior Private Jet Sultan Brunei apabila membuat lawatan ke Luar Negara? Hmm.. kalau tak pernah sila scroll gambar2 dibawah. Memang hebat dan cantik. Sesuai dengan status baginda yang merupakan antara manusia terkaya di Dunia. Kepada Farid di Ganu sorry la sebab lama tak update blog.. blur lately nie. Isu kali ini pun sekadar untuk memberi korang ingatan agar tak lupa membaca blog aku..
Laluan di dalam Private jet.. cantiknya design karpet~ Ruang tamu di dalam private jet. Simple tapi kemas~ Sinki yang berwarna keemasan~Berkilat dan berkilau~ Telefon dan remote control~ Meja sisi Bilik tidur yang dihiasi ayat suci Al-Quran~ Bilik tidur kedua kemas dan simple~
Gambar HRH Sultan Haji Hassanal Bolkiah~with his wives Another one~
His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, is the 29th of his line, which dates back to the fourteenth century.
Being the eldest son, he became Crown Prince in 1961 and ascended the Throne on 5th October 1967 following the voluntary abdication of his father, Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien.
His Majesty the Sultan was crowned on 1st August 1968 in pomp and pageantry befitting Brunei's ancient customs and traditions.
His Majesty was born on 15th July 1946 at the Istana (Palace) Darussalam in the capital, Brunei Town (now Bandar Seri Begawan). He received his early education in the form of private tuition at the Istana Darul Hana and attended top institutions in both Brunei and Malaya (Peninsular Malaysia) before furthering his studies in the United Kingdom where he later qualified for admission as an officer cadet at the Sandhurst Royal Military Academy and was commissioned as a Captain in 1967. He left Sandhurst in October of the same year to ascend the throne.
Besides being the Sultan and the Ruler, His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah is concurrently the Prime Minister, Defence Minister, Finance Minister, and head of the religion of Brunei Darussalam. Being a working monarch, he is involved in the conduct of the State affairs internally and internationally.
Like his illustrious father, who is fondly remembered as the Architect of Modern Brunei, His Majesty is a caring monarch and tirelessly works for the continued well-being of his people. In addition to the usual day-to-day administration of the government and receiving foreign dignitaries, His Majesty is always on the move, visiting government departments and related institutions, security forces on military maneuvers, and villages including remote parts of the State. This brings him very close to the people, who love and revere him.
The promotion and strengthening of relations with the outside world also get top priority from His Majesty. He has traveled widely in Southeast Asia, East Asia, The Middle East, Europe, and the United States. He addressed the United Nations General Assembly on Brunei Darussalam's admission to the UN in September 1984.
His Majesty takes great interests in sports, including polo in which he has excelled in matches against international teams both locally and outside of the State.
One of His Majesty's remarkable achievements was the setting up of the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Foundation in 1992. The foundation is a gift of His Majesty to his people and is devoted to, among other things, financing research-related works, particularly in the fields of knowledge.
His Majesty is married to Her Majesty Raja Isteri Pengiran Anak Hajjah Saleha and Her Royal Highness Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim.
His Majesty's official residence is the Istana Nurul Iman, which is also the country's seat of administration.
Hello, apa khabar.. today masa kat office sorang member aku tegur kat FB tanya nape stop dan tak update blog.. ahak.. tak tau nak cakap apa.. mungkin tak ada sesuatu yang baru untuk di catatkan.. Sekarang plak kalau cakap pasal keje orang akan bosan.. so tak tau nak cakap apa? aku mungkin nak tulis tentang "Pertunangan" seorang kawan aku yang akan berlangsung tak lama lagi.. Well dari aku Tahniah diucapkan cuma buat masa ini dia minta aku rahsiakan daripada rakan rakan yang lain. Cuma agak surprise sebab sebelum nie isu pertunangan nie pada dia dah basi.. tak sangka pulak yang tahun ni azam dia nak bertunang dan berkahwin akan menjadi kenyataan.
Baguslah kan? orang nak mendirikan masjid nie kita kena support dan bantu sekiranya termampu. Walaupun agak terkejut sebagai kawan aku akan sokong member aku sorang nie. Dia juga minta aku tolong arrangekan hantaran pertunagan dia. Wah? aku nie tak la pandai sangat untuk buat barang hantaran. Tapi sebabkan aku pernah tengok member aku yang sorang lagi ni menjadikan bisnes perkahwinan sebagai hobi aku terpanggil membantu. Asalnya nak bagi idea sahaja tapi terus bertukar supaya merealisasikannya..
Bila je sebut tema warna hijau dan putih agak menarik.. nampak macam english style kan? perbezaan pertunagan agak ketara dengan barang hantaran perkahwinan. Sebab barang barang untuk hantaran pertunangan agak simple berbanding perkahwinan. Idea aku ialah mengabungkan bunga white roses alas putih dan nett yang berona hijau.. kalau boleh aku nak semua barang pertunangan tersebut dihiasi dengan white roses tak kiralah untuk kek ke, manisan ke, kain ke.. janji diselitkan white roses menandakan putih dan kesucian percintaan mereka.. Well kalau boleh nak pakai semua putih tapi barang hantaran tak akan naik seri sekiranya tidak digabungkan dengan colour yang lain.
Actually tak banyak gambar dalam internet yang aku rancang tapi ade la few yang boleh aku selitkan kat sini untuk tatapan hasil kerja orang lain yang menyerupai idea yang aku maksudkan Antara yang menyerupai~Buahan sambil dihiasi rona mawar putih Coklat yang diletakkan dalam Raga putih dan dihiasi mawar putih juga Kalau boleh lapiknya kain putih dan kain lace berona hijau. Ribbon kalau putih kosong lagi okay Sirih junjung nie kalau dari pihak lelaki patut tinggi dihiasi mawar putih yang bunga-nya patut ditambah lagi bagi menaikkan seri sirih junjung Warna dan design dah okay tapi sepatutnya dia gunakan fresh flower kan?
Selamat datang tahun 2010.. Walaupun 2010 di sambut meriah dengan dentuman bunga api yang meriah pada malam tahun baru.. aku sebaliknya hanya menghabiskan masa di atas katil. Berkali kali aku cuba menelefon seorang sahabat tentang rancangan yang di rancang kesokannya namun dia tetap tak angkat phone. Aku cuba mesagge tapi tak jugak dibalas. Agak kecewa dan sedih. Kalau pun dah ajak orang lain or dah ade rancangan dengan member lain at least have courtesy to reply the message. Aku tak pernah pulak ignore dia sebelum2 nie. It okay passed is passed. Aku pun tak de niat nak mengungkit cuma harap harap dengan kedatangan 2010 dia akan berubah dan lebih menghargai persahabatan. Aku pun tak minta lebih2 cuma minta dia ke hargai kewujudan aku. Itu sahaja.... Sometime rasa sedih sebab aku hanya diperlukan time mereka keseorangan tetapi bila dah ada kawan kawan lain disisi.. they tend to forget someone yang already exist dalam hidup mereka.
Okaylah nak bising or merajuk pun tak guna.. Lagipun siapa lah aku dalam hidup mereka kan? Kalau tak pandai menghargai aku tak apala.. Ok baru baru nie aku plan keluar camping PD dengan Fakrul & mie. Fakrul aku dah kenal lama sejak dahulu lagi manakala Mie merupakan member baik Fakrul. Dua dua berasal dari Kelantan cuma aku je asal Perak. Asalnya nak g Pinic tapi aku suggest camping dan tido kat PD. Perjalanan yang mengambil masa 1 jam setengah dirasakan cukup singkat apatah lagi aku dah lama tidak jumpe dan bersembang dengan Fakrul. Ialah dia pun busy lately nie tambah plak sambil bersembang kitaorang kunyah kuaci dalam kereta sedar2 dah sampai. Cuma yang tak beshnya kitaorang sampai dah lewat lebih kurang pukul 8 malam. First sekali yang kitaorang buat adalah survey tempat camping bersebelahan Ilham resort. Terkejut kitaorg sebab ada ade lebih kurang 6 buah khemah yang dah di cacak sebelah dengan Ilham Resort. Aku rancang Khemah disitu kerana airnya jernih dan bersih kalau nak dibandingkan dengan air yang dekat dataran PD tuh. Tapi belum sempat buat apa kitaorg bergerak ke dataran PD untuk makan malam dahulu. Sedang asyik makan dua daripada kawan fakrul on the way datang sebab nak makan barbeque yang aku rancang untuk tgh2 malam. Tak sampai je 45 minit dua kawan fakrul sampai.
Setibanya mereka aku, fakrul, mie dan dua mmber terus ke lokasi kejadian untuk memasang khemah. Tapi yang tak besh nya peralatan untuk barbeque menghadapi masalah untuk dipasang kerana kekurangan tools seperti pemutar skru. Mengagau aku dan fakrul cuba memasang peralatan barbeque dalam keadaan samar2 sebab lampu api yang aku bawak cuma satu. Alhamdulilah setelah hampir 30 minit kami berjaya memasang peralatan barbeque. 2 member lagi tolong pasang khemah dan kitaorg terus mulakan aktiviti membakar arang.. Sebaik sahaja arang dah cukup terbakar bermulalah aktiviti memanggang. Antara lauk nya ialah sosej, ayam dan burger.. tapi yang laku ialah burger. Kalau tak percaya korang boleh cuba panggang berger dan rasanya memang sedap daripada biasa beb. Air pula adalah nescafe O yang dimasak didalam periuk. Jom tengok gambar sepanjang aku kat PD beberapa minggu yang lalu Aku jadi boss dok belakang Pantai Depan Khemah fakrul ( Biru) Mie-Tangan Berbalut di atas kecederaan yang dirahsiakan-tengah makan kat Dataran PD :) Fakhrul bersama nasi ayamnye~ Tetamu Jemputan~ Ni gambar tengah mengipas arang Wah sedap~ Camne terliur tak? Memang besh.
Pas nie aku nak g camping lagi untuk dijadikan trip bulanan. So kalau sape nak join leh je email aku k..