Tuesday, March 31, 2009

Review Filem "Talentime




Dalam artikel sebelum nie aku ada menulis tentang filem Talentime yang akan ditayangkan di pawagam bermula 26hb Mac 2009. Petang tadi aku memang plan nak tengok Talentime sorang2 tapi tiba tiba member serumah sms mengajak aku menonton Filem ini pada pukul 9.30 mlm di MBO Ampang.Maybe dia pun tergerak nak tengok filem Yasmin Ahmad.

Secara jujurnya aku tidak mengikuti filem filem Yasmin Ahmad tetapi aku ada menonton filem beliau seperti Sepet dan Gubra. Memang Yasmin Ahmad mempunyai kekuatan dalam membuat filem mengikut acuannya tersendiri.

Semasa di didalam kereta aku tidak meletakkan harapan yang tinggi selain daripada menonton untuk mengisi masa lapang tetapi sebaik menonton filem Talentime ini aku amat teruja untuk membuat serba sedikit review tetang filem ini di dalam blog untuk memberi buah pendapat tentang apa yang aku rasa bila selesai menontonnya.

Plot yang diketengahkan memang menarik untuk ditonton. Filem ini juga memaparkan sinematogari yang cantik dan realistik. Maksudnya ialah apa yang anda tengok dalam kehidupan harian seperti suasana bilik darjah disekolah yang usang, motorsikal honda lama (berlampu bulat), rumah kuaters lama, meja solek yang berselerak dan banyak lagi yang mana tidak terdapat di didalam filem filem melayu yang lain.Aku kira yasmin ahmad sengaja memilih props sedemikian bagi memaparkan keadaan yang sebenarnya dalam kehidupan seharian.

Pemilihan watak Mahesh dan Bavani(jacyln Victor) sangat betepatan di samping ibunya. Jacyln ternyata memberikan lakonan yang cukup bersahaja dan memperlihatkan lakonan yang natrual. Watak mahesh yang tidak mempunyai sebarang dailog juga memberikan impak yang cukup besar dalam filem ini. Hampir 2 kali aku merasa sebak menonton filem ini iaitu semasa babak mahesh mengejutkan kakaknya Bavani di tengah2 malam untuk meluahkan perasannya dan semasa beliau menyembah kaki ibunya untuk meminta maaf. Babak tersebut tiada dialog tetapi mengunakan bahasa isyarat memohon ampun dan meminta ibunya mengajar hatinya utuk melupakan melur(lakonan Pamela Chong.

Pemilihan Adibah Noor sebagai guru juga mengimbangi watak sedih mahesh dan mampu membuat penonton ketawa tanpa dipaksa. Walaupun malam tadi penonton tak ramai (lebih kurang 30 orang sahaja tetapi penonton ketawa berdekah dekah apabila menonton scene Adibah Noor menjalankan Audition untuk Talentime di sekolah tersebut.Itulah harga kepuasan bagi seorang penonton yang mengeluarkan duit poket apabila menonton filem ini.

Watak Azean Irdawaty dan lain lain juga bagus dan memberikan impak yang cukup ramuannya di dalam filem ini. Filem ini juga dihiasi dengan lagu lagu yang cukup menyentuh perasaan dan sedap di didengar walau pun baru pertama kali. Tahniah kepada Aizat dan Attilia sebagai penyumbang utama untuk vokal dalam filem ini.Sarikata lagu juga memberikan kesan yang cukup mendalam.

Apa apa pun aku cukup berpuas hati dengan Filem Talentime ini. Kepada anda yang merasa was was jangan lah risau dan mempunyai perasaan spektikal kerana aku menulis ini tidak di bayar sesen pun oleh Yasmin Ahmad malah jauh sekali mengenalinya. Hanya ingin berkongsi apa yang aku rasa... Tonton dan nilai lah ianya sendiri..




4 comments:

Are Fix said...

bro..

memang tepat r tgk cite ni..

memang berbaloi..

saya tgk 3 kali..

the song is beautiful, the story is beautiful..

everything in this story is beautiful..

Azzhar9009 said...

gatai

*ADRIAN* said...

I love this film! I want the soundtrack.

Nan said...

I love the songs too~