Tuesday, March 10, 2009

Slumdog Millionaire~



Dah tengok Slumdog millionaire? Cerita nie mmg tgh diperkatakan oleh masyarakat dunia ketika ini memaparkan berkenaan kehidupan seorang budak yang berasal dari kawasan setinggan di Mumbai@Bombay yang menjadi jutawan dengan memasuki program "Who Want to be a Millionaire".

Filem ini diarahkan oleh Danny Boyle dan skrip nya ditulis oleh Simon Beaofoy. Filem ini diadaptasi oleh Novel berjudul "Q&A" 2005 yang dihasilkan oleh Vikas Swarup iaitu Penulis dan Diplomat terkenal India. Filem ini adalah filem yang berbudget rendah yang menarik ramai pengkritik dan pemerhati termasuk karyawan filem dari Hollywood.

Filem ini juga menyapu 8 anugerah Oscar 2009 dari 10 pencalonan dan dikatakan antara filem terhebat yang pernah dihasilkan dekad ini. Kalau nak tahu actor terkenal Amitabh Bachan kurang menyenangi filem ini kerana dikatakan mengekplostasi masyarakat India umumnya. Apa yang menarik pelakon kanak kanak yang menjayakan filem ini adalah pelakon yang diambil dari penduduk setinggan itu sendiri

Jika dilihat dari plot dan subjek yang diketengahkan filem ini memaparkan kehidupan slumdog masyarakat di Mumbai. Dalam filem ini anda dapat menyaksikan bagaimana penduduk setinggan ini tinggal dalam kawasan yang sesak, mandi di sungai yang kotor, buang air besar di pondok tepi paya dengan sampah sarap menjadi ruji dalam kehidupan mereka.



Berikut adalah kejayaan Filem Slumdog Millionaire

ACADEMY AWARDS
Academy Awards record
1. Best Picture, Christian Colson
2. Best Director, Danny Boyle
3. Best Adapted Screenplay, Simon Beaufoy
4. Best Cinematography , Anthony Dod Mantle
5. Best Original Score, A. R. Rahman
6. Best Original Song - Jai Ho, A. R. Rahman
7. Best Film Editing, Chris Dickens
8. Best Sound Mixing, Resul Pookutty, Richard Pyke and Ian Tapp

GOLDEN GLOBE AWARDS
Golden Globe Awards record
1. Best Picture - Drama
2. Best Director, Danny Boyle
3. Best Screenplay, Simon Beaufoy
4. Best Original Score, A. R. Rahman

BAFTA AWARDS
BAFTA Awards record
1. Best Film, Christian Colson
2. Best Director, Danny Boyle
3. Best Adapted Screenplay, Simon Beaufoy
4. Best Cinematography, Anthony Dod Mantle
5. Best Film Music, A. R. Rahman
6. Best Editing, Chris Dickens
7. Best Sound, Glenn Freemantle, Resul Pookutty, Richard Pyke, Tom Sayers, Ian Tapp

Kepada yang belum menonton Filem ini jangan ketinggalan menyaksikannya beli DVD kalau citer nie dah habis kat pawagam ok. Happy watching


Berikut beberapa gambar menarik:




































1 comment:

Kak M said...

i almost cried watching this movie