Tuesday, March 3, 2009

Batu Caves~


Tengahari 3 Mac-Hari ketiga cuti. Apa nak buat? Pagi2 dah bangun... Bila kejutkan Azzhar dia ajak gie Zoo Negara. Tapi aku kurang berminat pergi ke zoo sebab sebelum nie dan pernah pegi Zoo Negara. Dalam perjalanan ke Keramat untuk sarapan aku membelek2 buku Info ttg Malaysia dalam keta dia, aku ternampak Batu Caves. Dalam peta pelancongan Kuala Lumpur Batu Caves adalah destinasi yang mesti dilawati.

Memang Batu Caves nie terkenal dengan Gua Batu Kapur yang wujud sejak beribu ribu tahun dahulu, tapi pernah ke teringin nak pergi? Tak pernah kan? jadi apalagi kami berdua decide untuk melawat Batu Caves. Actually perjalanan menggunakan MRR2 cukup senang. Anda perlu cari signboard ke Batu Caves dan before sampai area Selayang dan Kepong anda perlu turun dari MRR2 dan jangan naik ke Flyover kerana kalau dah terlajak kena lah patah balik.

Batu Caves ni pun tak susah nak cari sebab terletak betul2 bersebelahan dengan MRR2. Anda akan nampak Traffic light dan amik kanan dan terus belok kiri sebab Batu Caves kuil nie around the corner sahaja dan terus masuk parking. Bayaran RM2.00 pada hari biasa. Kami sampai pada kul 12 tengahari dan cuaca sangat sangat terik. Bahang dia buat aku pening kepala. Tapi penyelamat aku ialah Cap dan Sun glasses.

Setiba di kawasan parking kami disambut oleh kawanan burung merpati yang cukup banyak disini. Jika berminat boleh beli makanan yang dijual untuk burung nie kat kawasan parking dan taburkan diatas lantai. Teringat plak cerita Cinta Korprat suatu masa dahulu yang shooting nya kat London yang banyak burung merpati tu.

Berikut adalah gambar gambar menarik yang dirakamkan oleh aku.

pandangan dari bawah.

Pandangan kedua dari aras bawah

Berehat seketika - Penat panjat tangga bukan senang nak naik tangga ni. Tambah kalau selalu naik escalator.

mamat mat salleh tu muka masam je sebab letih naik atas erk? sabar jelah

Pandangan dari atas kebawah-

Temple-

Pandangan atas dalam gua

Ada 272 anak tangga-Fuhh akhirnya aku berjaya setelah rehat 2 x

Ada ayam, monyet dan kucing atas gua nie~

Ayam berehat~

Pemandangan didalam gua-Ada lagi tangga? Aduh.. panjat lagi

Dibelakang tu Upacara Sembayang masyarakat beragama Hindu

Staklamit-Betul ke ejaan nie?


Dinding gua dicat hijau-Kenapa? tak leh jawab soalan nie.


Sebelum turun balik aku sempat captured gambar Sami memberi monyet disini makan pisang~ kepada anda yang ingin melawat dinasihatkan jangan membawa beg plastik kerana monyet sangat berminat dengan beg plastik kerana menyangka kan anda membawa makanan.

last picture sebelum balik

Anyway lawatan kami berakhir dalam pukul 130 tghari. Penat sebab panjat tangga. Tapi berbaloi gak sebab pengalaman macam nie bukan slalu pergi. So kepada mereka yang nak merasa panjat tangga yang banyak tu silakan pergi. Kat Malaysia pun ade tempat tempat menarik so apa salahnya jika meluangkan masa pergi melawat kawasan ini.
Before balik sempat minum air kelapa tapi mahal bangat RM 4.00 (sejuk) Yum Yum~

2 comments:

hazel said...

mana nye dinding gua dicat hijau? x nampak pun... dinding gua tu dicat biru laut la... yang belah bawah tu dicat ungu, nampak sangat rabun warna

Nan said...

eh yer ker huhuhuh