Wednesday, April 29, 2009

Akademi Fantasia (Yang Terkeluar)



3 Hari lepas aku turun Sri Hartamas menemani Erry Putra dan Kak ayu (Jurusolek) untuk bertemu dengan Qhaud sebab Erry plan untuk membuat single duet bersama Qhaud (planning)

Sementelah itu juga aku berpeluang berborak borak dengan pelajar pelajar AF 7 yang terkeluar seperti Rini, Obri, Qhaud, Airil (ajam), Adilla dan orang kuat Astro yang menjaga budak2 AF. Anyway dah jadi gathering bila berkumpul dan berborak borak ramai.
Kesempatan itu juga aku berpeluang jumpe dengan Ajam(Airil) yang memang aku dah kenal dia sejak dia bersekolah lagi.Lama tak jumpe ajam dan first sekali ayat ajam(airil) "abang nan dah lama tak datang umah yer?" Maaf lah ajam bukan tak nak dtang tapi masa sangat2 bz dengan keje. Insyallah rumah baru ajam nanti abg nan selalu gie okay..

Airil agak kecewa sebenarnya apabila terkeluar tapi biasalah nak buat mcm mana ajam dah tak der rezeki sabar je lah yer.

Erry sebenarnya tgh plan nak berduet dengan Qhaud untuk single barunya tapi masih dalam proses perbincangan. Insyallah kalau ade rezeki maybe adalah kot. Malam tu aku bukan sahaja jadi PA erry tapi merangkap pemandu peribadi. Pulak tu kena teman dia rekoding lagu baru OST"Cinta Bukan di Atas Kertas" sampai pukul 6.00 pagi. Kecian kak Ayu tertido dalam studio onnie (vokalist kumpulan may)menunggu erry rekod.

Aku dan shajiry plak dok terkekek2 dalam studio mendengar erry yang nak rekod lagu tapi kepenatan. Tu la Erry, nasihat den tak nak dengar..


Promo Clip Erry Putra



Izinkanlah By Erry Putra-Video By Erry Putra

1 comment:

IZZO said...

agak janggal bila hanya berselipar dan berseluar pendek