Monday, May 4, 2009

Farith Taib~Dinamik Cinta



5 hb May 2009 merupakan hari yang penuh bermakna bagi Farith Taib penyanyi baru yang telah melahirkan single nya bertajuk "Dinamik Cita & Cinta" yang menampilkan Hazami selaku penerbit & pencipta. Farith merupakan artis di bawah naungan Hazami (Music & Me Entertaiment) adalah anak didik beliau semasa Program Mentor (Musim Pertama) sehinggalah kini.

Farith Taib bukanlah penyanyi yang asing kerana sebelum ini beliau pernah memasuki beberapa pertandingan seperti Malaysian Idol Top 12(First Season), Mentor dan beberapa pertandingan nyanyian yang lain. Beliau juga banyak menimba pengalaman menyanyi di beberapa buah kelab terkenal di Kuala Lumpur & Genting Highlands di samping mengiringi persembahan Hazami sebagai penyanyi latar untuk beberapa persembahan termasuk Pertandingan Akhir Juara Lagu.

Penantian Farith selama beberapa tahun akhirnya berbaloi dengan lahirnya Single Dinamik Cita & Cinta yang menggunakan kepakaran penyanyi Hazami dalam penggubahan dan penghasilan lagu. Hazami telah mempertaruhkan 2 buah lagu ciptaanya iaitu Merindu Cinta dan Haruskah.

Proses menyiapkan single ini dilihat begitu rapi dan teliti dari segi mixing, susunan lagu (arrengement) mahupun vokal. Vokal Farith yang agak tinggi kedengaran begitu jelas bagi kedua dua buah lagu di samping suara latar cukup baik mewarnai single sulung Farith Taib.

Bagi lagu Merindu Cinta memang merdu biarpun pertama kali mendengar dan pastinya dapat menarik halwa telinga bagi mereka yang menggemari lagu lagu cinta. Manakala bagi lagu rancak Haruskah juga tidak kurang hebatnya berbanding lagu Merindu Cinta di mana susunan muziknya amat catchy dan bunyi nya lebih kepada Jazz muzik.

Kepada anda semua maaflah tak dapat upload 2 lagu ini kerana ianya dalam proses promosi di Stesyen Radio bermula hari ini ~5hb May 2009. Jadi nantikan dua buah lagu ini di stesyen radio okay. Bagi mereka yang belum mengenali Farith Taib saksikan klip video di bawah



Farith-1st Workshop Malaysian Idol


Farith-Malaysian Idol (Wild Card 2004)

1 comment:

Unknown said...

lagu farith yg best.

http://www.youtube.com/watch?v=EzR2xBqrKLA