Wednesday, May 20, 2009

Aidil as Composer



Ingat lagi tak semua kepada Aidil AF3. Mesti ingat kan sebab Aidil adalah generasi Akademi Fantasia musim ke tiga yang mana perserta yang ada masa tu mawi, Idayu, marsha, Rezza, kefli, Eliza dan lain lain. Aidil adalah perserta yang membuat kejutan pengsan semasa konsert ke tujuh apabila diumumkan sebagai pelajar yang tersingkir sampaikan ibunya Puan Zuraidah terkejut dan mendapat liputan meluas akhbar keesokkan harinya.



Mesti korang tertanya tanya apa kena mengena Aidil AF3 dengan aku kan. Sebenarnya tak ada kena mengena pun tapi nak bagi tahu semua yang aku baru sahaja pulang dari studio aidil. Mesti ramai yang tak tahu yang aidil sekarang tengah sibuk menguruskan studio dia. Sebelum nie aku pernah berborak borak dengan Aidil bersama Aesar, Azmir Ariff tetapi tak pernah pun naik dan tengok studio Aidil.

Yang kenalkan aku dengan Aidil adalah Farith (peserta malaysian idol) dan kemudian kitaorg bertukar tukar contact for business. Dlm minggu nie aku dah berpeluang tengok studio Aidil dirumahnya sebab menguruskan Erry untuk rakaman. Plan asal adalah just untuk dengar lagu tetapi aku terkejut besar bila mengetahui Aidil mempunyai latar belakang pendidikan muzik dari Berkley College of Music dan menyambung pelajaran nya ke UK dalam bidang muzik.

Bukan itu sahaja Aidil juga sebelum masuk AF merupakan tenaga pengajar kat College Muzik Berkely. Selepas habis AF aidil join dengan Luncai Emas (milik M.Nasir) dengan menjadi Sound Engineer beberapa tahun. Sekarang pun aidil merupakan anak didik M.Nasir dan membuat business sendiri dengan mencipta lagu. Nak tahu berapa lagu yang Aidil ada dalam library nya sekarang? ada 250 lagu kalau tak silap. Aku tabik spring dengan Aidil sekarang sebab apabila aku dah lepak studio nya aku dah dengar beberapa lagu dlm tabung ujinya alamak best giler beb.

Aidil jugak sekarang sangat sibuk dengan membuat beberapa lagu iklan, drama. Maknanya beliau nie sekarang diam diam berisi. Mungkin dalam trek selebriti korang pernah tgok kan studio Aidil tapi itu studio lama. Kat studio baru nie aidil dah invest berpuluh ribu untuk membuat kerja kerja rakaman termasuk mixing dan mastered.

Setelah dah lepak beberapa kali kat studio Aidil nie (selalu aku lepak mlm 12.00-5.00 pg) aku boleh simpulkan Aidil merupakan seorang pencipta muzik yang berbakat. lagu yang dicipta tunggu boom jer. Sebenarnya aku terfikir jugak nak update kat sini tentang studio Aidil nie tapi takut tuan punya badan tak suke tapi sebelum balik Aidil minta aku tulis sedikit tentang studio dia kat blog aku bagi orang ramai tahu yang dia nie bukan menyepi dalam industri hiburan.

Sekarang nie pun lagu Aidil tengah boom iaitu lagu Azmir Ariff "Cinta Jasmin" kat Era FM. Anyway untuk update akan datang aku akan tangkap gambar studio Aidil untuk tatapan korang ok. Sapa sapa yang berminat nak lagu dari Aidil boleh lah contact aku dan aku boleh kenalkan dengan Aidil email je aku detail korang kat aku tekanbutang@yahoo.com

Lagu Cinta Jasmin by Azmir Ariff

No comments: