Tuesday, June 2, 2009

Erry, Iklan dan Airil AF7


Alhamdulilah sebaik sahaja lagu Erry Awek Ku lari siap di mixing dan mastered, plan seterusnya ialah membuat 1,000 salinan CD. Cabaran yang pertama ialah mampukah aku menyiapkan CD Erry Putra untuk di bawa ke Show Rompin nanti this weekend. Entah la rasanya macam tak sempat sebab off set printing mengambil masa 8 hari termasuk print poster dan burning CD.

Kalau ikutkan plan aku dah lari untuk Erry Putra. Ini disebabkan dia sibuk dengan shooting. Petang tadi pulak aku menerima panggilan kak mas suggest erry untuk rancangan Generasi X yang akan disiarkan di RTM nanti. Shooting nya hari Khamis ni dengan pelakon Sariyanti dan Fizow.

Kalau ikutkan jadual yang padat aku rasa mungkin CD nie by next week baru siap. Tapi tak apalah biar perlahan lahan dari pada buat keje yang tergesa gesa. Minggu ni sepatutnya aku received panggilan dari pada Agensi Iklan untuk buat Iklan TV untuk Erry Putra tapi diaorang tak call lagi sedangkan pas nie aku busy sikit. Tak tau nak bahagi schedule macam mana. Harap harap dapatla iklan tu kalau dapat alhamdulillah.. berserah je kepada Allah. Kalau ade rezeki tak akan kemana kan.

This week pulak aku akan mengambil cuti panjang sebab ikut erry show di Rompin seterusnya ke melaka untuk izwan pilus nya kenduri di Jasin. Famili Izwan buat kenduri sempena duduk rumah baru di melaka dan sempena kemenangan Ajam@Airil AF7 sebagai NAib Juara. Aku kenalah pergi memandangkan agak rapat dengan keluarga Izwan sebab pernah menumpang tinggal bersama familinya di Taman Melur dahulu.

3 comments:

Naz said...

lagu 'Awekku Lari' tu aku dah dngr dlm blog Erry. mcm best jer... sempat ker nak buat copy 1000 keping bro?

Axis Junior said...

Tak sempat kot.. suke ke lagu tu?

Naz said...

rasanya budak2 pompuan akan suka lagu2 mcm tu. :)