Saturday, June 6, 2009

Rompin Fest Pahang (RTM)



Aku baru sahaja pulang dari Kuala Rompin untuk show Erry di Rompin yang di adakan di Pantai Hiburan. Letih drive rasa mcm nak pengsan sebab tak cukup tido. Semalam patutnya perjalanan ke Rompin mengambil masa 4 jam bertukar ke 6 jam gara gara mengikut GPS Erry yang ting tong. Sepatutnya kami ke Kuala Rompin tetapi dlm GPS erry hanya letak Rompin dan akhir nya sampai lah kami ke ROMPIN NEGERI SEMBILAN!!!

Aku dalam keta membebel kat Erry sebab sepatutnya dia ada temuramah bersama RTM pahang pada pukul 3.00 ptg tetapi terpaksa dibatalkan sebab kami sampai di Kuala Rompin pada pukul 5.15pm. Sepatutnya aku dengar cakap Aidil yang beritahu ikut Gambang>Muadzam>Kuala Rompin. Tetapi dek gara gara teknologi GPS Erry kami berdua terlewat.

Sampai Di Kuala Rompin terus Call kak Nik (penerbit Radio RTM) minta maaf banyak2 dan terus ke belakang pentas untuk sound check. Bersama di belakang pentas jumpa dengan Ameng (Spring) dan Zawazi (penyanyi baru). Aku jugak sempat berjumpa dengan Kak Siti Fairuz yang sekarang nie bergiat kembali aktif dalam bidang nyanyian. (Tak dapat nak letak lam nie sebab gambarr aku kat Kamera Erry nanti aku letak okay). Sound check 3 lagu dan terus balik ke Hotel (Rompin Resort) dan terus boom atas katil kepenatan.

Erry tgh practise lagu~ practise jgn tak practise

Dalam kul 7.30 Aku bersiap dan kami bergerak ke Rompin Fest diiringi dengan Trop Pagero Daerah Kuala Rompin sebab kereta terlampau banyak. So senang la sikit kereta parking betul2 tepi pentas. Anyway Rompin Fest ni adalah aktiviti pelancongan yang memang diadakan setiap tahun dan di masukkan dalam kelander pelancongan Malaysia. Orang yang datang malam tadi pun memang ramai dan menurut kak Nik malam tadi adalah paling ramai.

Bergelek bersama peminat kecil gagaga...

Anyway Erry bawak tiga lagu dan yang bestnya ramai sangat peminat nak bergambar dengan erry sampai berpeluh2 mamat tu melayan peminat. Anyway orang Kuala Rompin memang best!
Sebelum balik pulak kami group mgmt artis dijemput oleh pihak Dato Dr Jamaludin Jarjis untuk makan malam bersama beliau di sebuah restoran. So berpeluang la kitaorng mengenali Dato Jamaludin bersama orang kuatnya termasuk pegawai khas beliau.

Belakang pentas ~Erry, Zawazi, Ameng, CT fairus dan Penyanyi Petronas Pahang

Anyway kepada RTM pahang TQ sebab jemput kitaorang ada masa jumpe lagi okay.

Pantai Hiburan Kuala Rompin



Sound Check Lagu Gadis Ku Lari lagi

Show jangan lepaskan

1 comment:

Mohd Farizuddin Bin Abu Johan said...
This comment has been removed by the author.