Tuesday, December 15, 2009

Pementasan Teater Natrah & Kisah Tragedi nya


Aku berkesempatan menonton Teater Natrah hasil arahan dan garapan yang cukup istimewa daripada Pengarah yang tidak asing lagi Erma Fatima. Mulanya aku tidak dapat hadir menonton pementasan Teater ini memandangkan beberapa tugasan skrip dan treament dokumentari masih belum dapat disiapkan.

Sedang leka menumpukan perhatian pada skrin komputer aku disapa, tak gie tengok Natrah ke? dah pukul berapa nie.? Tak kot balas aku perlahan.. Kerja kerja nie tak siap lagi. Jam di tangan menunjukkan pukul 7.20pm. La pergi la.. kot yer pun tiket free tapi mahal RM100.00 yer. Rugi kalau tak pergi. Kerja office sambung besok je. Oklah disebabkan nasihat tersebut tepat jam 7.45pm aku shutdown komputer dan terus memandu ke Bangsar menjemput rakan yang menanti. Kebetulan pula aku menerima 2 tiket.

Alhamdulilah tepat kul 8.45pm kami berdua sampai dan pementasan baru bermula. Melihatkan perjalanan Teater ini pada mulanya aku agak mengantuk. Terutamanya Scene monolog. Kalau anda kat luar sana yang tidak tahu scene monolog nie adalah scene dialog berseorangan yang dilakonkan oleh Sofea Jane. Walaupun lakonan Sofea agak berkesan tetapi aku agak mengantuk dan kebosanan.

Sebaik sahaja watak tersebut tamat, pentas bertukar dengan set yang cukup besar dan membuatkan seluruh dewan Panggung Sari tertumpu pada nya. Kelihatan set rumah kampung basikal dan beberapa peralatan membuatkan pentas bertukar menjadi ceria. Dari satu scene ke satu scene yang lain set, kostum, peralatan memang mengkagumkan bagi aku. Walaupun set ini diolah secara manual (ditolak dan ditarik oleh krew yang terlibat) ianya kelihatan cukup hebat dan membantu gaya dan penceritaan yang ingin disampaikan kepada penonton.


Ruang set semasa di Singapura terutama semasa perbicaraan diadakan, perkahwinan, dirumah kediaman dan lain lain juga kelihatan hebat. Dari segi lakonan penampilan Sofea jane, Umi aida, Maya karin dan Shamantha Shubert memang memuaskan. Tahniah kepada Erma kerana berjaya mengangkat Teater Natrah ini menjadi teater yang paling berjaya pementasannya sepanjang 2009.

Dibawah adalah sejarah Natrah bagi anda yang tertanya tanya tentang sejarah dan kisah tragedi ini, Selamat membaca...


TRAGEDI NATRAH
Sumber : Fatini Yaacob, majalah Dewan Masyarakat, DBP, April 1989 di m/s 20.

"Ummat Islam sangat pantang kalau agama suci mereka disentuh atau dipermain-mainkan. Bila terkenang kembali kisah Natrah (bekas isteri Mansor Abadi) yang mana ummat Islam Tanah Melayu membuat rapat umum di Singapura dihadiri lebih 2,000 orang, yang mengakibatkan seramai 18 orang mati syahid dan 173 orang cedera parah bagi mempertahankan akidah seorang muslimah.

Kisah Natrah; ia amat menyayat hati....

1937 24 Mac Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh
Disember 1942 Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad.Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun.
Che Aminah Mohamad atau Mak Minah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman , Terengganu . Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukan Babu atau pembantu rumah. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.

15 November 1945 Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah.
1945 Bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia balik ke Bandung ,Jawa dan mencari anaknya Natrah. Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.


September 1949 Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai.


19 Ogos 1949 polis Semarang memberitahu Andrianus, Natrah berada di Kemaman.

12 April 1950 Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.

22 Mei 1950 Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Singapura


24 April 1950 Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill,Singapura

28 April Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co.

19 Mei 1950 peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura.

28 Julai 1950 Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill

1 Ogos 1950 kerana takut peristiwa berulang ,Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam ,perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi Muhamad , Siti Aisyah.

2 Disember 1950 Ketua Hakim megeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.Mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan.


Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian ? Bapanya lebih berhak ke atasnya.

12 Disember 1950 Hakim menjatuhi hukuman - Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda.Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dipaksa menjadi Kristian.

12 Disember 1950 Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah akan dimurtadkan.

13 Disember 1950 Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang Kallang , Singapura menuju Belanda dengan kapal terbang KLM.
Ada protes orang Islam di Karachi , Pakistan yang bersimpati dengan Natrah.

15 Disember 1950 Natrah sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk 'Welcome Back Bertha'. Mereka dari 'Bertha Hertogh Comittee' yang dibentuk oleh bapanya , Sarjan Hertogh.


Di rumahnya di Bergen Op Zoom, kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang 'Di mana masjid di Bergen Op Zoom ?'. Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari . Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu.

Januari 1952 Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah. JC Vermeulen adalah pedagang import-eksport Belanda.

9 Januari 1951 Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu.

10 Januari 1951 Surat 2 daripada Mansor Adabi kpada Natrah, antaranya menceritakan nasib Karim Ghani yang masih ditahan.

17 September 1951 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah.

Mac 1953 Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian Katholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya 'Bertha Hertogh.

25 Januari 1953 Surat Mansor Adabi kepada Natrah

20 Julai 1953 Surat Natrah kepada JC Vermeulen disampaikan kepada Mansor Adabi.


1954 Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri.Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen. Natrah yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannya Johannes Gerrit Vermeulen. Antara murid Mansor Adabi ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas pengarah MAS.

26 Januari 1956 Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Natrah ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia.

20 April 1956 Natrah berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi tukang kayu.

15 Februari 1957 Natrah bersalin anak lelaki pertama. Natrah mendapat 10 orang anak. Nama anaknya Silvija, Carolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline , Hands dan Paul.

20 Januari 1959 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah menceritakan dia sudah berkeluarga.

3 Februari 1959 Surat Natrah kepada Mansor Adabi. Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail 'Personal - Mansor Adabi' di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom, Belanda.

25 November 1975 Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Natrah dalam filem dokumentari The Time Just Stool Still selama 20 minit. Natrah, Wolkenfelt dan Mansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu. Ketika itu Natrah telah mempunyai 10 orang anak. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang guru danpeguam , hidup mewah.

16 Ogos 1976 Natrah didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG Wolkenfelt . Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Natrah dan Wolkenfelt bercerai. Mulanya dia merancang bubuh racun berwarna biru - tak berjaya. Kemudian dia berpakat dengan temannya Tom Ballermans dan Adrie Jansen dan membeli sepucuk pistol revolver. Anaknya Corie menyedari rancangan bunuh itu, dilapor kepada polis dan Natrah ditangkap.

26 Disember 1976 Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia. Tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah.

1976 Che Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika berusia 70an
Disember 1979 Natrah berkahwin dengan Tom Ballermans - lelaki yang selalu datang ke Cafe Natrah dan yang dikatakan bersepakat dengan Natrah untuk membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Tom membeli rumah di Ossendrecht , Belanda kira-kira 12 km dari Bergen Op Zoom, Belanda.

1983 Natrah bercerai dengan Tom Ballermans

1984 Natrah masuk hospital kerana sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak.

15 September 1984 Natrah meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin hingga ...? Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat.


Natrah kini tinggal di Nevada, tengah Amerika Syarkat dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel. Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Natrah hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan orang-orang yang disayangi.
Kisah ini diabadikan dalam buku 'Tragedi Natrah' dan 'Maria Hertogh riots' di Singapura dan perpustakaan utama di Belanda......

Kalaulah Natrah tahu...

Kisah budak perempuan bernama Natrah yang dibela sebuah keluarga Melayu tetapi direbut bapanya, seorang Belanda, menggemparkan Tanah Melayu. Selepas 59 tahun, peristiwa murtad itu terus diperkatakan.


KEMAMAN - Sebelum menghembus­kan nafas terakhir, Bertha Hertogh atau nama Islamnya Natrah pernah menyua­rakan kerinduan kepada seluruh ahli keluarga angkatnya di Malaysia.
Kerinduan itu mendorong Natrah yang meninggal dunia akibat leukemia pada Khamis lalu meminta keluarga angkatnya di sini menziarahinya di Belanda.

Saudara angkatnya, Rokayah Mohd. Dahan, 63, berkata, Natrah telah me­nyatakan hasrat untuk bertemu semula mereka menerusi telefon dan e-mei.

Rokayah yang merupakan cucu ke­pada ibu angkat Natrah, Che Aminah Mohamed memberitahu, Natrah juga menghubungi adiknya di Kemaman dan juga anaknya yang tinggal di Kuantan.

"Sedih mengenangkan banyak kenangan manis bersama dengannya," kata Rokayah ketika ditemui di rumahnya di Kampung Mak Chili Pay a dekat sini semalam.

Antara peristiwa yang sukar beliau lupakan ialah bilo Natrah masih petah bercakap Bahasa Melayu loghat lndo­nesia sewaktu datang ke Kemaman pada 1997 lalu walaupun sesudah 46 tahun meninggalkan Malaysia.

Natrah amat gemarkan rnakanan tra­disional Melayu u ia itu ketupat palas. Natrah menjadi isu di Singapura pada 1950 akibat berlaku perebutan terha­dapnya antara ibu angkatnya Che Aminah dengan keluarga asal beliau keturunan Belanda.

Dia pada waktu itu berumur 13 tahun serta telah memeluk Islam dan bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi.

Pasangan itu bagaimanapun dipisah­kan oleh undang-undang British/Belanda yang tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada ber­kahwin sehingga mengakibatkan berlakurusuhan.

Sementara itu di Shah Alam, bekas penulis dan penyelidik penulis majalah Dewan Masyarakat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datin Fatini Yaacob, 50, terkilan Iwrana Natrah meninggal dunia sebelum beliau sempat menyiapkan bio­grati wanita terssebut.
Fatini pernah menjejaki Natrah se­hingga ke Belanda dan Arnereka Sayarikat (AS) kira-kira 20 tahun Ialu."Buku itu sebenarnya sudah lama siap.

Monday, December 14, 2009

Pelakon Melayu Pertama Di Dalam Filem Hollywood



Mungkin ada yang dah tahu tapi ada jugak yang belum. Catatan blog kali ini simple jer. Tak ada nak menulis panjang panjang. Kalau yang belum tahu pelakon Malaysia yang pertama sekali membintangi Filem di Hollywood ialah Allahyarham Seniman Ibrahim Pendek. Semasa Lawatan pihak Universal International ke Jalan Ampas Singapura, pihak rombongan tersebut berminat dengan Ibrahim Pendek setelah ternampak beliau dan kemudian beliau ditawarkan membintangi Filem The Spiral Road yang diterbitkan pada tahun 1963 oleh pihak Universal International di bawah arahan pengarah Hollywood . Bintang Filem terkenal ketika itu yang menjadi Hero ialah Rock Hudson & Gene Rowlands. Selepas filem itu Ibrahim Pendek di tawarkan lagi untuk membintangi Filem Hollywood yang lain tetapi hajat tersebut tidak kesampaian apabila menghadapi masalah Visa oleh pihak Kedutaan Amerika Syarikat.

Nampaknya pihak kedutaan US nie memang tak kasi chance lagi pada orang luar untuk membintangi Filem keluaran mereka. Tetapi senario itu berbeza pada masa sekarang yang mana bintang bintang dari Asia berpeluang untuk berlakon di sana seperti Dato Michelle Yeoh, Jackie Chan, Chow Yuen Fatt, Bintang Slumdog Millionaire Freda Pinto dan lain lain bintang.

Ibrahim Pendek dalam The Spiral Road

Sedutan Filem The Spiral Road bersama Rock Hudson

Belakang tape The Spiral Road. Nampak tak Ibrahim Pendek gambar sebelah kiri bawah yang tengah memegang kaki salah seorang pelakon dalam Filem ini.

Galeri menunjukkan Ibrahim Pendek Bersama Rock Hudson dibelakang tabir

Pelakon Utama The Spiral Road

Scene menarik dalam The Spiral Road

Brul Ives dalam The Spiral Road

Adegan romantik Gene Rowland & Rock Hudson

Set Penggambaran The Spiral Road

Thursday, December 10, 2009

Anugerah Skrin 2009


Aku berpeluang meyaksikan Anugerah Skrin 2009 di PWTC minggu lepas. Tu pun last minit nyer sebab kerja kerja di office belum siap. Nasib baik lah tiket untuk aku still ada cuma aku kena pickup tiket kat kaunter pendaftaran tv3 kat PWTC.

Untuk pengetahuan korang inilah kali pertama aku menonton secara dekat anugerah skrin nie. Selalu aku tengok kat TV je. Sebenarnya aku lebih selesa tengok kat TV berbanding tengok live kat PWTC. Tak puas sebab selalu ade je kepala orang kat depan yang menghalang. Yelah kan nama pun tengok kat dewan so terpaksa la bersesak sesak. Walaupun dapat tiket di kawasan utama aku still rasa mcm tak best. Ini kerana tidak ada skrin besar yang disediakan so nampak Farra Fauzana dan CT besar jari je. Tak puas.

Bagi aku Anugerah Skrin kali ini nak kata grand sangat pun tak, nak kata tak grand pun tak. Dari segi konsep pakaian aku mcm biasa datang pakai sut dan kemeja. Macam tak sesuai aku nak pakai konsep pakaian yang ditetapkan. Yer lah aku nie bukan artis dan juga bukan sesiapa dalam industri. Asalkan selesa dan menutup aurat sudah. Hahaha..

Bagi artis ok la kut nak pakai glamor dan ikut konsep bagi memeriahkan acara walaupun aku tengok ada artis yang tak nak ikut konsep. Tapi kita kena ingat sesetengah artis nie mungkin sibuk dan terkejar2 dari lokasi atau sebagainya. So peminat jangan la nak komplen yer?.

Dari segi perjalanan acara aku rasa okay. Penampilan Farra Fauzana dan Afdlin Shauki juga menghiburkan. Walaupun belum on air kat TV Farra dan Afdlin memang nampak besh dan menghiburkan guest yang berada di dewan dengan telatah mereka. Aku terbaca ada juga ade wartawan yang menulis mengatakan penampilan mereka yang sometime meleret2 dan lawak yang tiba2 tak menjadi. Bagi aku dalam mana acara sekali pun bende tu memang tak dapat dielakkan. Lebih lebih lagi bukan mudah untuk mengendalikan pengacaraan yang live & dalam keadaan fara yang baru shaja menjalani pembedahan lutut. Come on la yer..? At least bagi aku much better dari pengacara sebelum nie yang membuatkan aku switch off to other TV station.

Cuma yang tak besh banyak pemenang tak datang, wakil pun tak ada. Harap org biasa je dtang memenuhkan majlis Anugerah Skrin sedangkan yang nak diraikan tak hadir. Mcm mana tu? Bagi aku artis patut hadir sebab majlis nie meraikan mereka. Takkan la 2 jam untuk duduk menerima anugerah pun payah kan. Cuma excuse la pada yg sakit spt Ida nerina. Yang lain tepuk dada tanya selera.?

Congrat pada yang design pentas, lampu dan efek kat belakang pentas. Superb. Aizat nyer performance dan Jac, black dan Azlan memang class bravo!. Yang lain even Dato Ct nye performance biasa je. Usaha lagi yer.?


Rozita Che Wan

Farra & Afdlin


Syira Ayob

Nora Danish
1. Drama Terbaik
● Tersasar di Jalanmu
2. Pelakon Lelaki Terbaik Drama
● Que Haidar (Terlerai Takbir Kasih)
3. Pelakon Wanita Terbaik Drama
● Rosnah Mat Aris (Tersasar di Jalanmu)
4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama
● Datuk Ahmad Tarmimi Siregar(Tak Serupa Tapi Sama)
5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama
● Norish Ismail (Tersasar Di Jalanmu)
6. Pengarah Terbaik Drama
● Erma Fatima (Tersasar di Jalanmu)
7. Lakon TV Terbaik
● Erma Fatima (Tersasar di Jalanmu)
8. Drama Rantaian Terbaik
● Kekasihku Seru (Khabir Bahtia)
9. Drama Komedi Terbaik
● Datin Wan Abe (TV3)
10. Videografi Terbaik
● Tersasar di Jalanmu

FILM1. Filem Terbaik
● Wayang
2. Pelakon Lelaki Terbaik Filem
● Eman Manan (Wayang)
3. Pelakon Wanita Terbaik Filem
● Liyana Jasmay (Kami the Movie)
4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem
● Zul Huzaimy (Wayang)

Saturday, December 5, 2009

Holiday Penang!



Aku terkejut bila lama tak update blog masih ada yang masuk lam blog nie setiap hari dan terus membaca. Kepada anda kat luar sana thnks sebab rajin masuk dalam blog aku nie.Walau pun dua tiga menjak nie aku tersangat sibuk dengan treatment P.Ramlee-Projek Dokumentari dan Asia Televison Forum Singapore.

Oklah before aku huraikan apa yang berlaku semasa kebusy-an aku, nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Haji walaupun dan terlewat. Plan asalnya tak balik kampung tapi bila abg E (abg kandung) aku sms bagitahu mak aku kat kampung tak berapa sihat aku pun decide balik kampung menjenguk mak. Kakak aku kat Balik Pulau pulak sekarang apa apa hal selalu Email (maklumlah dah celik IT kak bedah sekarang)bagitau mak rindu kat aku so aku pun baliklah. Kecian plak kat mak kat kampung tu. Aku pun dah janji nak belikan dia handphone Nokia baru sebab handphone yang lama dah rosak. So sambil menyelam minum air la katakan.

Kaza (Housemate) aku plak nak ikut aku balik kampung sebab dia tak balik Terengganu sebab Terengganu banjir. Ok lah aku bawa kaza balik kampung dan ajak Kaza round round Penang. Aku akan jadi Tour guide. Kalau korang nak tahu aku asal P.Buntar tapi ianya sempadan dengan Kedah(Bandar Bharu) dan sempadan Penang(Nibong Tebal). Tapi aku lebih familiar dengan Penang sebab dulu semasa cuti Sekolah aku selalu duduk rumah kakak aku di Pondok Upeh Balik Pulau. Aku juga pernah bekerja dengan BCB (Bumiputra Commerce (Skg CIMB) Bayan Baru sebelah KFC belakang Sunshine Square. Orang Penang tau la tempat nie. Aku jugak pernah kerja dengan Vistana Hotel Bukit Jambul dulu sekejap. Huhuhu..

Penang banyak berubah sekarang so ader beberapa tempat yang aku plan jalan2. Antara lawatan yang aku plan dan korang boleh try ialah menaiki Feri, Menaiki Bukit Bendera,melawat Road Walk kat Stadium Pulau Pinang dan mandi manda di batu Feringgi. Anyway kalau p penang jangan lupa pekena Nasik Kandaq. Masukkkkkkkk... memang besh (makanan kegemaran aku ni. Sebelum tu jom tengok gambar2 kat penang

Road Walk-Stadium Pulau Pinang (6.00 pagi-2.00 ptg-Sabtu & Ahad sahaja yer Puan Puan)

Road Walk Near Stadium-Barang Lama terdapat disini Antaranya Telephone lama, Pemain Filem lama~

Barang Logam antik~Macam macam ade Kalau anda pengumpul barang logam sesuai datang ke sini

Poskad Lama yang dijual oleh Mat Salleh mana entah-Lepas je amik gambar Poskad nie Mat Salleh tu minta aku RM2.00 sebab amik gambar. Nak tahu apa aku buat lepas dia sound nak duit? Aku terus sound dia-This is my country I can snap any photo here & this is free country & I dont see any notice for the photo chargers. Terus Mat Salleh tu diam.

Jangan terkejut yer.. Ini adalah Sijil Kematian yang dijual di Road Walk Penang dengan harga RM45.00. Kenapa dia jual sijil nie? Soalan tu aku sendiri tak boleh jawab.

Syiling Di zaman Penjajah-usianya sama dengan Mother Queen Elizabeth

Syiling Zaman Yap Ah Loy-Berapa harganya aku pun tak tau sebab tak berminat nak beli minat nak snap je untuk tontonan anda semua

Ade jugak jual tikus putih, ikan laga. Aku cari kucing kot kot ade dijual tapi takde sebab kat sini tak leh jual binatang yang uuuk uukk yang busuk. faham? tak faham sudah.

Dalam jalan2 terjumpa baby comel nie.. Wah nak jual jugak ker? tanya aku kat Apek yang jaga tapak mainan nie. Kalau u mau jual I nak beli!!

Aku tergelak tengok getah washing machine ni dijual kat sini. Macam macam la depa nie. Semua nak jual.

Luar Road Walk penang

Selepas aku g Road Walk aku g Pantai dekat ngn area Balik pulau lupa nama pantai nie tapi sangat cantik tapi tak ramai yang tahu. Kalau tak silap Pantai Pasir Panjang.

Pantai nie landai dan sesuai untuk berkelah. Pantai nie pun aku g sebab dulu aku pernah berkelah ngn anak buah aku kat sini.

Kaza sedang berehat nak mandi tak leh sebab Panas kul 12 tghari

Nice view

Kalau korang naik kereta ke Ayer Itam korang akan lalu jalan baru ke Balik Pulau. Boleh singgah tempat nie untuk view yang best

view lagi

Ini plak aku sempat ke Bukit Bendera~Masa kat sini ada minah salleh tanya aku kenapa ada bukit bendera?Jawapanya ada kat bawah nie

Jawapan~

Waktu Operasi Keretapi Bukit Bendera~Berhati2 kat sini ada Ulat jual tiket semasa public holiday dari harga asal RM4 ke RM10.00.Kerajaan Negeri patut pantau masalah nie. Sebab kalau hari public holiday even anda sampai kul 11.00 pagi tiket naik kul 3.00 ptg dah habis dijual so ulat2 nie akan mengaut keuntungan. Aku dan kaza terkena so amik gambar kat bawah je sebab hangin satu bdn tiket yg ada adalah kul 2.00 ptg sedangkan kitaorang sampai kul 10 pagi.

Kalau nak tahu time gambar diatas adalah kul 10.00 pagi tapi yang beratur tiket untuk 2.00 ptg!!! Ramai plak tu berjela2~tak kuasa nak beratur kami blah tanpa gambar di puncak. Menuju puncak hangin satu bdn.


Sakit Hati punya pasal pekena Nasi Kandaq kat Balik Pulau!! heheh aku biasa la nasik separuh konon2 dah gemuk!

malam sempat gak p Pesta Pulau Pinang BESHHHHHHHHHHH!!

Kereta langgaq~

Nak naik beli token nooo

Show mlm tu Dek Na AF, Rina adik Rini AF, Airil dan Izwan Pilus! Sorry tak sempat nak snap gambar lain2 sebab aku penat sgt~

Rumah Ju-On

Naik naik menatang ni tapi gayat-Suasana kat sini memang happening sebab dengar org menjerit

bende ni berpusing2 takut tengok. Takut skru tercabut. tiang kemana orang kemana kan.. heheh

Aku lepak kat hotel nie murah dan selesa betul betul kat padang kota lama

Kemas dan selesa

Kepada korang kalau ade masa g la melawat Penang sure tak nyesal nye