Friday, April 23, 2010

Wajah Wajah HRH Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim



Dah lama tak tengok wajah Yang Teramat Mulia (HRH) Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim (terima kasih pembaca yang bernama Rezz yang memberi pembetulan.. awalnya aku tulis Pengiran Bini.. TQ) selepas beliau berkahwin dengan DYMM Sultan Hassanal Bolkiah. Mesti ramai yang sudah tahu yang Keluarga baginda menerima kelahiran puteri yang baru.

Selain sibuk dengan aktiviti mencemar duli dengan berbagai lawatan di dalam dan luar negara tak banyak cerita atau gambar yang dapat kita tengok kat surat khabar kan?Putera pertama baginda telah telah diberi nama Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah. Tapi terlupa plak nama Puteri Baginda yang kedua. Gambar kat bawah nie semasa Putera Pertama dilahirkan oleh YTM Pengiran isteri Azrinaz

21 Das Tembakan Meriam semasa kelahiran Putera Sulung

Majlis Cukur Jambul

Kerabat dan tetamu

Bacan Doa

Tetamu yang hadir

Cukur Jambul.. lena Putera tido~

Tengok Putera pertama dan Puteri dah besar pun.. Comelnya~

Bersalaman dengan Sultan Kelantan

Permaisuri bergambar kenangan

HRH Pengiran dan Keluarga Sultan Bersama Tun Jeanne

Membuat lawatan

Bersama Tetamu

Bersama Keluarga Diraja

Kerabat Brunei Darul Salam

Mengikuti lawatan Tuanku~

Bersama Permaisuri Brunei

Keluarga Diraja


Gambar2 dipetik dari:
http://www.bruneiresources.com/

Tuesday, April 20, 2010

Cipta Logo untuk Muzzy



Pengumuman kepada pembaca sekalian. Aku sebenarnya tak pandai nak cipta logo sangat menggunakan Adope/ illustrator.. So kepada mereka yang kat luar tu yang pandai mencipta logo boleh la mencuba menghantar penyertaan mencipta Logo bagi penyanyi Muzzy-yang juga merupakan abang kepada penyanyi Noh-Kumpulan Hujan.

Kepada mereka yang berminat boleh menghantar penyertaan mereka kepada email aku tekanbutang@yahoo.com. Logo berpandukan gambar di atas. Warna dan tema juga seperti di atas yer.. sebarang pertanyaan boleh la email kat aku. Peserta yang dipilih akan dikreditkan namanya dibelakang kulit album Muzzy . Sekian terima kasih

10 Senarai Orang Terkaya Di Malaysia!


Inilah antara wajah-wajah Tokoh yang menghiasi senarai bagi orang orang Terkaya Di Malaysia.. Wow Nilai kekayaan mereka dalam jumlah Bilion ye.. bukan Juta.. So anda semua boleh bayangkan tak betapa mereka mempunyai status dan kekayaan yang hebat ! So kalau nak kaya seperti mereka boleh tapi otak kena lah juga fikir macam mana kan.. Kebanyakkan dari mereka ini merupakan tokoh yang terlibat dalam bidang perniagaan. Banyak perniagaan yang diceburi terutama sektor hartanah, telekomunikasi, perbankan, makanan, pelancongan dan lain lain.

1. Tan Sri Robert Kuok Hock Nien (Kerry Group/Kuok Group) RM42.76 bilion

2. Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas) RM27 bilion

3. Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group) RM11.92 bilion

4. Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) RM10.86 bilion

5. Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) RM10.38 bilion

6. Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) RM7.09 bilion

7. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (Al-Bukhary Foundation) RM6.01 bilion

8. Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) RM4.4 bilion

9. Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau) RM3.5 bilion

10. Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun (Berjaya Group) RM3.2 bilion

Friday, April 16, 2010

Aptera 2e (kereta abad ini!)


Wow~ bila terbaca tentang kewujudan kereta ini nampak sangat aerodinamik, Kagum aku sekejap. Aku memang suke kereta unik macam nie. Sekali imbas ingatkan kapal terbang tapi rupanya kereta buatan US.Kalau korang nak tahu kereta ni menunggu suntikan modal untuk di keluarkan secara besar besaran. Company yang buat kereta ini memerlukan geran sekurang kurangnya USD 184 Juta dari Advanced Technology Vehicles Manufacturing untuk dimajukan secara komersil.

Yang bestnya kereta ni bertayar 3 dan berkapasiti 200 mpg-plus 2e. Kereta ini kat US diklasifikasi kan sebagai motorsikal! ianya dilengkapi peralatan General Electric dan Borg Warner dengan lithium-ion nano-phosphate battery dari 123 Systems. Beratnya pula ialah 1800-lb. composite-bodied 2e, 110-horsepower, 232 lb.-ft. Sistem pemacuan elektriknya pula boleh mencecah of 100 batu dan memerlukan sesi cas bateri selama 6 hingga 11 jam. Kelajuannya boleh mencecah 60 mph dalam masa 9.0 saat! amacam hebat tak?

Anyway memang gempak kan! Kalau ade kereta nie kat Malaysia stesten minyak boleh lingkup la sebab kereta nie tak pakai petrol hehehe... Yang bestnya kereta ni boleh memuatkan dua orang dan boleh menyimpan peralatan Golf yer... Jum kalau tak caya kita tengok gambar nya!

Ruang dalam "Pemanduan ibarat sedan..hehehe"

Papan meter elektronik~sempoi dan simple patut kasi canteek sikit nie

Agak menarik design nya tapi kalau stereng tu tukar kecik sikit lagi cun kan?

Kerusi out.. patutnya design mcm gen 2 nyer kusyen hehehe kan kan?

Ruang penyimpanan superb kalau aku letak tilam penat drive leh tido! ahak!

Nice view from inside

Front design



Back design


Upper design

Side design

Thursday, April 15, 2010

Indie Band ~Pop KonspirasY



Ello.. assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog aku yang disayangi Pheewitt.. Amacam ade sihat ke? Harap harap semua sihat sejahtera di samping mereka yg di cintai

Sebelum aku print CD erry & Amylea aku dah dapat order printing lain lagi yeaaaaa. Alhamdulillah ade gak job printing bulan nie. Printing CD kali nie adalah dari indie Band yang bernama Pop Konspirasy.. Lagu diaorang not bad.. Hasil dari sentuhan Ully - Awanband dan AG Hujan. AG Hujan merupakan pakar arrangment manakala engineer nya pula ialah Ully. Dua mereka ini aku kenal semasa di Studio Kamar Seni milik AG.Vokalistnya Ialah Putu.

Orang yang memperkenalkan aku Band ialah Rahmat Manager AwanBand... Hopefully aku boleh dapat job job printing yang lain. Kepada mereka yg kat luar tu nak printing CD bole la contact aku yer.. Baru tadi aku dok bermsg ngn Amylea dia nak cepat kuarkan CD dia insyallah rasanya kalau tak de masalah siap la CD Amylea tu sekali dengan kumpulan Flava.. Tapi sebelum tu jum kita lihat CD kumpulan Pop Konspirasy dan Flava...


Rizu dan Kumpulan Barunyer!

Tuesday, March 30, 2010

CD & Penang



Asalamulaikum..

Lama tak update blog last update tentang cara cara membuat sirih junjung yang hado.. hahah. Bz sikit sejak dua menjak ni. Balik rumah pun malam. nak kemas katil pun tak sempat. update yang terbaru aku baru je dapat single terbaru Erry Putra, Shajiry dan Erry untuk di print dan di edarkan cuma menanti CD plate design dari kimi. Siap Cd plate design boleh la terus hantar untuk di cetak. Yang besh nya juga aku dah dapat design dari Amylea untuk Single terbaru nya yang akan diprint bersama dengan kumpulan Flava yang dianggotai bersama Rizu.

Amylea

Yang latest aku pi bercuti bersama hsmate ke Penang. Asalnya tak dapat pergi sebab aku busy dengan kerja dan hari sabtu lepas BarryMore production panggil aku untuk casting tuk pilot project rancangan Astro-Program. Kalau ikutkan kelakar juga. Aku dalam malas malas nak pi shoot tuk casting pi jugak. Tu pun setelah dipujuk oleh abang shafiq tuk buat casting tu. Abg shafiq merupakan agen modelling tuk Barrymore production . Aku jumpa dia pun semasa aku kuar ngn si tom berkaraoke di Alam Manda Putrajaya tiba tiba ada orang menyapa aku dan tom tawarkan tuk join modelling casting. Kelakarkan? tapi cuba je lah kan kalau ade rezeki.

Pergi ke penang pun biasa sahaja bagi aku sebab penang tu dah macam rumah aku. So tak da apa yang menarik tuk aku ceritakan. Plan nak pergi bukit bendera pun tak pi sebab agenda utama ke penang ialah mencari kuah rojak Mak bee, jeruk dan shopping lah. Anyway kepada semua ramai yang tak tahu baju baju di Penang adalah yg termurah pernah aku beli. Even kat bangkok pun tak dapat lawan. percaya tak aku dapat beli 7 helai baju tshirt, 4 helai seluar dengan harga yang kurang rm 100. Percaya atau tidak tapi itulah hakikatnya. Tempat yang aku dapat tu ialah di Megamall Pulau Pinang!

Lepak2 Penang

Batu Feringgi

Ngn ayul

Sempat buat Hair make over kat Salon Bukit Jambul