Saturday, February 28, 2009

Update-Kuali 1 Mac 2009



Lama tak update blog.. one of the reason sebab kabel handphone aku hilang@miss place. aku tak sure letak mana kabel tuh.. banyak jugak bende2 yang aku buat lately nie cuma tak dapat nak update sebab kabel hilang. Anyway aku cari jugak jalan macam mana nak update blog. Antaranya ialah dengan menggunakan wifi dan update dari Nokia 5800 aku terus ke blog.

Anyway hari ni aku cuti, so semalam sempat la membeli barang barang untuk masak. Cakap pasal masak memasak nie adalah bende yang aku suke. Kebetulan semalam dah call member2 untuk makan sama. Antara hidangan yang aku masak hari ini ialah Sambal Tumis sotong, kari ikan dan ikan sardin goreng. Actually aku hanya berbelanja hanya RM 20 untuk membeli barang2 basah ini di pasar malam keramat AU2 setiap sabtu.

So pagi2 pas sarapan dan lepak2 aku terus memulakan aktiviti memasak dengan bantuan Rizal MJ sementelah itu Cik Azzhar hanya duduk di depan TV sebab aku halau dia. Si Azzhar tu bukan reti masak pun hanya reti menyibuk. Dah la dapur rumah kitaorg kecik so tak payah ramai2. Aku hanya perlukan rizal MJ untuk membantu aku megupas bawang dan tolong sikit2.

Nak tengok apa hidangan kitaorg di hujung minggu? lihatlah sendiri gambar2 nye.
Masakan ini simple tapi terangkat. Bahan pun senang:

Sambal Sotong:
Sotong Basah 10 ekor
Cili Giling 3 Sudu
Bawang merah dan putih 4 ulas
Air Asam Jawa-3 sudu(asam jawa yang diramas)
garam secukup rasa
gula 2 sudu.

Cara nya:
goreng bawang yang ditumbuk@dipotong goreng hingga garing kemudian masukkan cili giling 3 sudu(@ cili boh) dan goreng sehingga pecah minyak @garing(nak tahu garing tunggu hingga harum bau cili tersebut) kemudian masukan gula, garam dan air asam.

Biar sehingga mendidih dan kemudian masukkan sotong dan biar sehingga 10 minit. Hidangkan dengan taburan bawang besar. Senang.

Kari ikan

1 pek serbuk kari ikan Babas (free promotion for Babas)
Air Asam Jawa-satu mangkuk kecil
Bawang Merah dan Putih 4 ulas
Ikan temenung@ikan kembung-5 ekor
Santan-Separuh (bukan sebiji)
5-6 biji Bendi.
Garam halus 1 sudu kecil

cara nya
Goreng bawang hingga wangi, masukkan rempah babas yang dicampur air secawan, kacau
sehingga kari tersebut pecah minyak. Kemudian masukkan air asam dan bendi, Biar bendi
hingga lembut(dalam 5-10 minit). Kemudian masukkan santan. Tunggu hingga mendidih masukkan garam 1 sudu kecil dan masukkan ikan tunggu hingga 10 minit. Hidangkan

Senang kan. So sesiapa nak makan just buat sendiri je. Lagi sedap daripada setiap hari makan kat kedai.

2 comments:

IZZO said...

berasap juga dapur hang

Nan said...

Plan mmg nak join kan? tapi takpelah next time.