Monday, January 26, 2009

Bukit Cerakah~


Pic terakhir sebelum bertolak ke Bukit cerakah

Selepas melawat masjid Shah Alam kitaorg meluncur pula ke Bukit Cerakah. Actualy dari highway jalan memang clear sebab org tak balik lagi dari kampung. So before that aku cadangkan kepada azzhar untuk sarapan di keramat sebab aku ader terjumpe satu kedai yang ade menyediakan Nasi dagang dan kerabu yang sedap. Lauknya so superb




Nasi Dagang dengan lauk ikang-Pilihan Azzhar


Nasik kerabu dengan Ayam Goreng berempah-Pilihan Aku

So pas kenyang aku dan azzhar meluncur ke Shah Alam tepat kul 10 pagi dengan hati yang riang walaupun cuaca tersangat la terik. Kita org guna federal Highway so aku sempat la snap beberapa gambar untuk tatapan.


Jalan clearnya seronok drive.. OO itu papan tanda shah alam yer.. ala ala anak bertanya pada mamanya hahahah...


Angkasapuri yang tak nampak pun rupa angkasa. Baik bubuh nama bangunan Hail Amir & Uji Rashid. Reka bentuk of out designed & dated

Tengah syok2 ambik gambaq ternampak lorry bawak tayar yang tak diikat. Bahaya ni kalau kena kereta orang(kalau jatuh). Otak letak kat lutut. Bangang!


Pemandu yang Bod!

Sampai nya di sana perasan sungguh happy sebab sampai jugak ke taman ini. Orang dah ade cuma belum ramai so sempat la minum jap membasahkan tekak yang kering ini sambil menghisap rokok.



Tempat letak kereta yang cantik kena RM 1


Papan tanda Taman Cahaya

Teo O limau, Topi(better sebab panas bangat dan ubat rokok)

Terus beli tiket RM 3.00 dan terus masuk sewa basikal. Kalau nak jalan boleh tapi penat la. So kitaorang naik basikal yang mengenakan bayaran RM 3.00 sejam dan jam seterusnya RM 1.00

Pilihan Basikal- mengikut usia dan ketinggian anda yer..

So kayuhlah aku dan azzhar mengikut kaki tapi alamak tersilap lorong so kena patah balik sebab hajat nak gie umah 4 Musim. So kena patah balik


Aku tgh tolak basikal sebab bukit tak larat nak kayuh lor!

Tolak jangan tak tolak

Sebelum sampai kerumah 4 musim kami singgah beberapa tempat untuk melihat ragam burung, rusa, landak dan siti (si Tikus)


Baby nama dia~ aku yang letak sebab dia nie cute, pandai makan kuaci dan leh ckap bahasa burung hahahahah

Silandak bersama sama kuncu2 nya yang tgh JJCM-MB (jalan jalan cari makan-Menternak badan bak kata si Hazel~)


Selepas itu kami jumpe dengan pasangan sonsang yang menjalinkan hubungan asmara iaitu si tikus dan si arnab(depa ni tak tau beza jenis haiwan ka)






After that kami pergi ke sangkar burung ayam (sebab besar mcm ayam dan leh terbang)
Cantik ayam nie kalah ayam kat Chow kitt


Sangkar dia kat atas kena terbang kalau nak naik atas tu kalau ayam sure tak lepas. Tengok la kepak dia besaq noo

Selepas itu kami melawat beberapa rumah melayu dan ambil peluang untuk bergambar

Pose malu2 kucing

Hero Remaja 1995

Rumah melayu

Selepas penant melawat umah nie kita org gie umah 4 musim


Macam Frame gambar. Suhu nye melebehi paras beku 0 darjah celsius. Ramai yang masuk tapi kejap je sebab tak tahan sejuk..

Lepas kuar dari umah musim sejuk ni kami terus balik dan makan aiskrim(banyak tul org jual aiskrim.

Kepada mereka yang tgh hangat bercinta tempat ini sesuai untuk anda kecuali aku dan azzhar sebab kami nie dua dua kwn baik yang sampai skg tak jumpe sesiapa lagi yang tulus hati nya (mcm lagu ct plak)

Masjid Shah Alam~





Hari ini 27 hb January 2009. Semua orang masih bercuti. Aku dan Azzhar dari malam tadi plan nak kuar tapi lum decide.Fikir punya fikir kitaorg decide nak gi Taman Botani Bukit Cerakah. Before that kita orang pergi melawat Masjid Shah Alam yang tersangat cantik ini.

Masjid ini merupakan masjid terbesar dan terunggul di Malaysia dan di Asia Tenggara. Masjid berkubah biru ini dibina di atas kawasan seluas 14.6 hektar di pusat bandar Shah Alam.
Masjid yang juga dikenali sebagai "masjid biru" di kalangan pelancong ini, mempunyai ciri-ciri senibina yang menarik dengan hiasan dalamannya yang menakjubkan.
Masjid ini berdiri megah dengan lanskapnya yang indah dan terletak di sebahagian Tasik Shah Alam iaitu Tasik Raja Lumu yang memisahkan Masjid ini dengan Pusat Sivik Shah Alam.
Masjid Negeri ini melambangkan kebesaran Islam dan kepentingan agama sebagai agama rasmi di Malaysia. Ia boleh memuatkan 16,000 jemaah pada satu masa dengan kemudahan-kemudahan seperti dewan kuliah, dewan seminar, perpustakaan, kelas-kelas bimbingan agama serta sebuah dewan yang luas untuk upacara akad nikah serta ruang mengambil wuduk yang canggih


FAKTA(MSSAAS)


  1. Masjid terbesar di Asia Tenggara
  2. Kubah masjid yang terbesar di dunia
  3. Menara tertinggi di dunia
  4. Berupaya memuatkan 24,000 jemaah dalam satu masa
  5. Struktur kubah menggunakan tiub aluminium ditutupi dengan 'Retvous Enamelled Steel Panel'. Dijangka tidak memerlukan penyelenggaraan selama 200 tahun. Bernilai 18 juta.
  6. Baginda Sultan sendiri yang memilih tapak masjid
  7. Baginda menghadiahkan 4 lampu chandelier bernilai lebih 2 juta dan sebuah jam antik berusia 600 tahun bernilai RM200 ribu dibeli di Hongkong.
  8. Baginda Sultan menyumbang elaun Baginda selama 4 bulan kepada Masjid Negeri.
  9. Struktur masjid adalah kombinasi seni rekabentuk tradisi Islam dan Asia Barat, India, Barat dan ciri-ciri binaan Melayu Asli.



Pose Dihadapan Masjid



Beberapa Pic terbaru. Sekadar tatapan~

Fakta Tambahan

Secara ringkas(MSSAAS)

Arahan pembinaan:Oleh DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah melalui Jabatan Kerja Raya

Tarikh arahan:Awal tahun 1975 (selepas Shah Alam di ishtiharkan Ibu Negeri Selangor pada 14 Febuari 1974)

Arahan kepada:Jurubena Bertiga

Tarikh diamanahkan:Awal tahun 1977

Perletakan batu asas:Oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 8 Mac 1980

Tarikh pembinaan:1 Oktober 1983

Tarikh Sempurna:15 Ogos 1987

Tarikh digunakan:3 Disember 1987 (hari khamis)

Tarikh dirasmikan:11 Mac 1988

Umur Sekarang:hampir 18 tahun

Tuesday, January 20, 2009

AJL 23~




Anugerah Juara Lagu kali ini buat kat Bukit Jalil lagi. Sememangnya malas nak pergi tapi sebab seumur hidup tak pernah pergi so pergi jugak la teman kan si Azzhar yang Fanatik Ziana Zain untuk beri sokongan. Yang besh siap dapat baju Ziana Folks yang cantik itu.


Pandangan Hadapan

Pandangan Belakang.

Anyway untuk ziana Fans siap dapat belon lagi.. Belon ni bila diketuk akan menghasilkan bunyi tong2!! hehehehe.. siap dapat sticker untuk kereta dan gula2..


Belon Ziana Zain- Siap ade belon lagi dulu2 ade kain ziana zain je sekarang belon pun ade ziana zain


Stiker ni letak kat kereta si Azzhar tanda sayang dia kat Ziana Zain.

Kami bertolak awal ke Bukit Jalil dengan harapan nak masuk karaoke (aku) untuk karaoke AJL 23 yang dianjurkan oleh Hot FM. tapi malangnya Karaoke tu terlampau ramai yang nak mensumbangkan suara so pihak Hot FM terpaksa buat kuiz sapa yang dapat jawab baru leh register. Berebut2 org nak jawab termasuk aku tapi hempeh tol sebab aku tak terpilih untuk menjawab soalan. Dah beratur depan lagi tapi petugas Hot FM buat derrk jer.. yang terpilih orang2 yang dok belakang. Yang besh tu ade jugak mak bapak yang hantar anak2 untuk contest tu marah2 sebab anak dia tak dapat masuk

Kaunter pendaftaran



Mereka yang terpilih (yang atas pentas tu tak sedap pun nyanyi dapat jugak masuk sebab dpt jwb soalan hampeh) yang pakai rantai tu dpat no 3. RM 300 ok la kan?





Petugas yang sedang memberi soalan kepada orang ramai yang nak masuk. Aku yang depan ni dia tak nak tanya.. Sedih tull

Lepas frust aku dan azzhar gi minum2 sebelum tunggu kak dora dan pices bagi tiket. Before that aku sempat tukar pakaian sebab kejap lagi nak masuk so tukar siap2. Lepas tu dalam pukul 6 dah nampak few fans ziana zain yang pakai baju sama so kitaorg lepak2 kat satu port while waiting the others


Pic itu adalah kak dora (orang kuat ziana folks) yang pegang belon tu si ina.

Lepas ramai dah sampai kitaorg lepak2 kat area red carpet dengan harapan nak stnach beberapa gambar artis termpatan tapi tak sempat sebab dah nak kena beratur untuk masuk lam dewan. Aku sempat sntach wartawan melodi je.


Michell


Tak tau nama apa dia nie

Nie pun tak tau nama apa


Semua jakun nak tengok artis.. hahahahah

Yang datang nak tengok juara lagu punya la ramai. letih siot nak beratur



Ni untuk tingkat 4 nyer tempat aku dok tingkat 3 sebaris ngn Juri profesional dan sebelah media sebab fans ziana telah ditetapkan kat ctu


Jauh gak tapi bedal jeaahhh


Fans ZZ


Ramai nya...

sEPANDUK TAMBAHAN



Itulah kenangan di AJL 23~ sUKE aku sebab MUH menang!!! hehehehehhehe

Faizal tahir nyer performance pun superb!!
Tapi kalau nak tengok ziana zain nyer persembahan sila la klik kat sini.

Ziana Zain Dingin



Friday, January 16, 2009

Ezaidin @HKL






16 January 2009

Hari nie pas sembanyang Jumaat kat Masjid Keramat, aku dan safwan bergegas ke HKL sebab nak melawat Ezaidin yang dah dekat sebulan terlantar kat Wad Otopedik(salah ejaan nie tapi bedal jelah). Ezaidin telah terjatuh dari tingkat 3 rumah dia kat Setapak menyebabkan tulang belakang nya patah dan kedua2 kakinya patah.

Kecian kat Ezaidin nie sebab dah la company tak tanggung kos perubatan (sebab jatuh bukan masa keje dan dia tak confirm lagi) So family dia lah menanggung perbelanjaan di Hospital. Kakak dia pulak bergilir2 jaga dia dengan wife dia cuma kecian anak masih kecil. Ezaidin ni plak muda lagi baya aku jer.. So aku decide nak tengok keadaan dia yang telah menjalani Operation yang menelan
belanja 10 K!!

Terkejut jugak bila doktor menyuruh family tong tong untuk membiaya perubatan besi yang diimport dari luar negeri. Besi iti dimasukkan ke dalam tulang belakang Ezaddin disamping besi di kaki kiri nya.



nama ezaidin atas sekali( glamour la ko )


Wad 4 (Otopedik Hospital Kuala Lumpur@HKL)



Kaki nya dibubuh besi dan plat dekat tulang dan dicucuk ke didalam ngeri aku tengok takut beb)


Pandangan Sisi (Safwan cakap ni antena Astro) mulut mcm cilake!

Tepi badan yang dibedah dan dimasukkan besi yang harganya RM 10K satu
telefon tu letak tepi senang nak call bini dia daaa~

Wajah riang ezaidin yang menyambut kami~ Kuatkan semangat dan cepat sembuh ok




Alat penahan sakit -

Akhir kata just jaga diri baik2... Aku dan kawan2 mendoakan cepat sembuh dan leh meriah2 mcm dulu.

Desa Pandan~KL~Mid Valley~Sentul

15 Hb January 2009

Hari nie malas nya nak bangun sebab dah la tidur lambat..tapi sebab dah janji ngn shahril yang aku nak temankan dia gie tempah motor kat desa pandan. Setelah hantar kojie balik kat cahaya around kul 10.30 am aku pick up shahril kat stesyen LRT cahaya. Before that aku makan roti telur.. lapar giler dah la malam tadi tak makan asyik dok melayan kojie berborak sampai 3 pagi. Lapar shialll..

Inilah roti canai yang dicampur telur yang aku makan kat cahaya



Nyummy..

Pas makan cadangnye nak tempah motor tapi si shahril tak bawak buku maybank. Sebab kedai motor tu nak gak buku tu. Cileka punya apek tu semalam aku dtg tanya tak mintak pun. So bergegas gi Maybank Desa pandan untuk ambil penyata ringkas. Dalam dok mengutuk apek tu, shahrill call manager TMT tanya untuk apply Aeon Credit untuk LC punya motor. Rupanya2 dia kamcing ngn cina kaya tu so dapat diskaun so kami decide tak jadi ambil moto kat kedai apek bangang tu.. sebab nak apply Aeon Credit sebab Tauke kaya TMT tu bagi diskaun.. CHewah Shahril punya la berkira2 berapa dia dapat untuk diskaun tu. Sempat jugak before that kami gi pejabat Pos Desa Pandan update kan Lesen L si Shahril tu yang rupanya dah lama mati.

Dia pulak dok berangan2 nak naik LC baru hehehe...

Pas tak jadi pi kedai motor aku minta shahril temankan aku gi Menara Bumi kat jalan apa tah kat KL tingkat 10. Aku nak amik surat offer letter untuk motor Ex5 aku yang hilang pada 2007.
Aku dah hilangkan so suruh diaorang Copy kan untuk aku sebab aku dah tak mampu nak bayar interest motor lama selagi tak settle.





Ini adalah nama tempat tu iaitu pacific orient insurance. pacific konon insurance aku cover Rm1,250 jer. Angin aku nama je grand tapi ciput bayarannya .. nyesal aku amik inurance depa nie. Buang karan dan duit je.

Sementara menunggu aku nyer surat diprint kan aku sempat snacth pic dari tingkat 10



KLCC view



Menara aku pun tak tau menara apa.. janji view besh!!

Pas dapat surat tawaran insurance kita org gi Mid valey sebab shahril janji nak belanja makan nyum nyum... dia nak belanja aku asam laksa. Best gak lama tak gie mid valey nie.. Sekarang kan sibuk ngan CNY decoration.. huhuhu tengok lah dalam Mid valey ni cantikkan



pas jalan2 lam mid valey ( aku tak beli apa sebab tak kaya mcam Corey Blue Or Si kering yang duit nya berjuta2 dalam bank) kitaorang mkan Asam laksa kat Lam Jusco Midvelly!




Ya Allah sedap bangat!! Laksa Asam!!! aku makan tak tinggal kuah pun.! Shahril TQ TQ sebab ko dah banyak belanja aku! Ari tu makan kat Sakura Kristal pun ko bayar!!





Pemandangan dalam kedai Asam Laksa yang Best!!! Cayalah!!!

Pas tu kitaorng balik dari midvaleey dalam kul 630! jem giler! nasib baik kitaorg naik motor!! aku anta shahril balik Sentul dan lepak2 jap before aku balik desa pandan dan tepat kul 830 mlm aku FLAT!!!!!! ZZZZZZZZZZZZZZ...........

Tuesday, January 6, 2009

Rasa yang telah Hilang~





Aku cuba sedaya upaya lupakan segala kenangan. Tiap kali cuba, ianya pasti datang.

Dalam mimpi.. nampak kenangan itu. Takkala aku pejamkan mata, bayangan memori kembali menjengah. Tiap kali aku terjaga kesunyian mencengkam dan membuai kenangan aku kini~

Kadangkala sukar bagi aku menatapi apa yang sudah berakhir. Hati sering menidakkan apa yang berlaku. Berharap ianya mimpi. Berharap ianya igauan dan bukan kenyataan. Sering aku tertunggu tunggu "rasa" itu kembali. Menjengok sudut hati yang kian sepi.

"Rasa" itu hilang. Rindu untuk merasai nya. Rindu utuk memelok erat "rasa" itu. Entah kenapa ianya hilang bersama kenangan itu. .. Pergi jauh melupai aku.. melupai aku yang pernah merasainya..