Friday, January 16, 2009

Desa Pandan~KL~Mid Valley~Sentul

15 Hb January 2009

Hari nie malas nya nak bangun sebab dah la tidur lambat..tapi sebab dah janji ngn shahril yang aku nak temankan dia gie tempah motor kat desa pandan. Setelah hantar kojie balik kat cahaya around kul 10.30 am aku pick up shahril kat stesyen LRT cahaya. Before that aku makan roti telur.. lapar giler dah la malam tadi tak makan asyik dok melayan kojie berborak sampai 3 pagi. Lapar shialll..

Inilah roti canai yang dicampur telur yang aku makan kat cahaya



Nyummy..

Pas makan cadangnye nak tempah motor tapi si shahril tak bawak buku maybank. Sebab kedai motor tu nak gak buku tu. Cileka punya apek tu semalam aku dtg tanya tak mintak pun. So bergegas gi Maybank Desa pandan untuk ambil penyata ringkas. Dalam dok mengutuk apek tu, shahrill call manager TMT tanya untuk apply Aeon Credit untuk LC punya motor. Rupanya2 dia kamcing ngn cina kaya tu so dapat diskaun so kami decide tak jadi ambil moto kat kedai apek bangang tu.. sebab nak apply Aeon Credit sebab Tauke kaya TMT tu bagi diskaun.. CHewah Shahril punya la berkira2 berapa dia dapat untuk diskaun tu. Sempat jugak before that kami gi pejabat Pos Desa Pandan update kan Lesen L si Shahril tu yang rupanya dah lama mati.

Dia pulak dok berangan2 nak naik LC baru hehehe...

Pas tak jadi pi kedai motor aku minta shahril temankan aku gi Menara Bumi kat jalan apa tah kat KL tingkat 10. Aku nak amik surat offer letter untuk motor Ex5 aku yang hilang pada 2007.
Aku dah hilangkan so suruh diaorang Copy kan untuk aku sebab aku dah tak mampu nak bayar interest motor lama selagi tak settle.





Ini adalah nama tempat tu iaitu pacific orient insurance. pacific konon insurance aku cover Rm1,250 jer. Angin aku nama je grand tapi ciput bayarannya .. nyesal aku amik inurance depa nie. Buang karan dan duit je.

Sementara menunggu aku nyer surat diprint kan aku sempat snacth pic dari tingkat 10



KLCC view



Menara aku pun tak tau menara apa.. janji view besh!!

Pas dapat surat tawaran insurance kita org gi Mid valey sebab shahril janji nak belanja makan nyum nyum... dia nak belanja aku asam laksa. Best gak lama tak gie mid valey nie.. Sekarang kan sibuk ngan CNY decoration.. huhuhu tengok lah dalam Mid valey ni cantikkan



pas jalan2 lam mid valey ( aku tak beli apa sebab tak kaya mcam Corey Blue Or Si kering yang duit nya berjuta2 dalam bank) kitaorang mkan Asam laksa kat Lam Jusco Midvelly!




Ya Allah sedap bangat!! Laksa Asam!!! aku makan tak tinggal kuah pun.! Shahril TQ TQ sebab ko dah banyak belanja aku! Ari tu makan kat Sakura Kristal pun ko bayar!!





Pemandangan dalam kedai Asam Laksa yang Best!!! Cayalah!!!

Pas tu kitaorng balik dari midvaleey dalam kul 630! jem giler! nasib baik kitaorg naik motor!! aku anta shahril balik Sentul dan lepak2 jap before aku balik desa pandan dan tepat kul 830 mlm aku FLAT!!!!!! ZZZZZZZZZZZZZZ...........

Tuesday, January 6, 2009

Rasa yang telah Hilang~





Aku cuba sedaya upaya lupakan segala kenangan. Tiap kali cuba, ianya pasti datang.

Dalam mimpi.. nampak kenangan itu. Takkala aku pejamkan mata, bayangan memori kembali menjengah. Tiap kali aku terjaga kesunyian mencengkam dan membuai kenangan aku kini~

Kadangkala sukar bagi aku menatapi apa yang sudah berakhir. Hati sering menidakkan apa yang berlaku. Berharap ianya mimpi. Berharap ianya igauan dan bukan kenyataan. Sering aku tertunggu tunggu "rasa" itu kembali. Menjengok sudut hati yang kian sepi.

"Rasa" itu hilang. Rindu untuk merasai nya. Rindu utuk memelok erat "rasa" itu. Entah kenapa ianya hilang bersama kenangan itu. .. Pergi jauh melupai aku.. melupai aku yang pernah merasainya..

Monday, December 29, 2008

Lantera Timur~Dato Siti Nurhaliza



Kulit album Lantera Timur

This album will be released after Christmas 2008 in Malaysia, Singapore and Brunei and at a later time in Indonesia. This is Siti Nurhaliza's fourth traditional (ethnic comtemporary) album after Cindai, Sahmura and Sanggar Mustika. Engaging mostly well known composers in producing ethnic songs and a few new ones which give a nice mix to this album that has great potential to be one of the hit albums in the industry.

Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. (SNP) produced this album with Suria Records (SRC) as the distributor featuring 11 songs for ethnic contemporary music lovers.


Album Info

Released: After 25th Dec, 2008

Genre: Ethnic Contemporary

Length: Nil

Label: Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd.

Producer(s): Johari Teh, Johan Nawawi, Katon Bagaskara, M.Nasir, Khairil Johari Johar, Adnan Abu Hassan, Khairil Johari Johar, Zul Mahat, S.Atan, Fauzi Marzuki, Pak Ngah.

Track Listing

"Di Kayangan Kita" Johari Teh, Keon | Lyrics

"Bintang Malam" Johan Nawawi, Amran Omar | Lyrics

"Cinta Ini" Katon Bagaskara | Lyrics

"Ada Masa Mata" M. Nasir, Ad Samad | Lyrics

"Bulan Yang Mesra" Khairil Johari Johar, Zubir Ali | Lyrics

"Seloka Budi" Adnan Abu Hassan, Azam Dungun | Lyrics

"Rasa Antara Kita" Khairil Johari Johar, Zubir Ali | Lyrics

"Senyum Minang Manis" Zul Mahat, Abot | Lyrics

"Joget Menanti Kasih" S.Atan, Habsah Hassan | Lyrics

"Di Taman Teman" Fauzi Marzuki, Hairul Anuar Harun | Lyrics

"Jelmakanlah Ayumu" Pak Ngah | Lyric

(Maklumat dipetik daripada www.SitiZone.Com). Sila Layari laman web sitizone.com untuk maklumat siti

Review:

Cinta ini-Katon bagaskara

Setakat nie aku suke lagu "cinta ini" daripada katon bagaskara.
Lirik yang puitis di samping lagu yang catchy pada chorus nya.

Susunan muzik lagu ini kemas dan sedap didengar. Lagu ini dijangka hits. Dengar dua kali dah suka. Kalau tak tahu siapa yang cipta tentu ingat lagu ni Pak Ngah yang tulis tapi sebenarnya katon dari Indonesia. Bravo lagu ni aku bagi 4 Bintang*.

Dikayangan Kita- Johari teh

Lagu nie Johari teh yang buat. what can i say.. Sedap dan muzik nya macam ala2 zapin. Suara Siti pun best. Tapi mcm lagu sedih jer. Cuma tak tahu aku nak beza kan chorus dalam lagu nie. Kalau ade ghazal yang banyak sure best campur ngn seruling. 3.5 for this song.

Bintang Malam-Johan Nawawi

Adunan chinese song sebab permulaan aku dengar ade unsur2 element chinese tradisional punya muzik. Agak kreatif lagu nie sebab diadun dengan muzik melayu. Cuma suara siti macam tenggelam dalam lagu nie.

Ada masa mata-M.Nasir

Lagu ni mcm lagu kaum asli. Aku pun tak sure lagu ni ade element orang asli atau tak? tapi kena dengar dan nilai sendiri. Lagu nie bagi aku biasa. Tapi aku suke suara siti dalam lagu nie best mcm cute je suara dia dalam lagu nie.


Seloka Budi-Adnan Abu Hassan

Lagu ni daripada adnan abu hassan. Lagu ni agak rancak. Element seloka song. Ade satu part siti menyanyi ala2 lagu hindi bile time lenggok. Bila dengar mcm lagu hindustan plak. 3.5 Bintang

Rasa Antara Kita berdua-Khairil Johari

Lagu nie pun aku suke. Orang kata easy listening. Muzik nya pun ceria. 2 Lagu dari Kharil Johari. Susunan muzik aku suke. Siapa tak kenal Khairil Johari kan. Anyway lagu nie best.

Jelmakanlah ayumu-Pak Ngah

Lagu nie start2 dah laju. Aku tak leh nak dengar apa yang dinyanyikan Siti. Muzik best cuma macam laju sangat. Susah nak faham. Mcm okestra. Banyak adunan muzik. Trompet dalam lagu ni sangat jelas. Seruling ade, drum ade. Bak kata Astro macam2 ada dalam lagu nie.


Di Taman Teman-Fauzi Marzuki

Best! Start2 dah best. Suara Siti dalam lagu nie superb!! Aku bagi 4.5 Bintang untuk lagu nie.
Adunan muzik simple ade unsur2 arab. Tahniah yer.

Joget Menanti Kasih-S.Atan

Best! Lagu joget yang besh-Teringat lagu Ya Maulai lagu nie. 4.5 Bintang

Untuk Album ni ramai yang tanya ok tak.. Bagi aku keseluruhan aku bagi 4 Bintang*. Anyway tak rugi beli. Bukan sebab aku peminat Siti aku suruh beli. Cuma aku tak suka orang suruh komen dengan album yang terdahulu. Yang dulu dulu la. Try to open your mind and support local artist okay.

2008~Kenangan



Banyak pekara yang pahit manis yang berlaku dalam hidup aku sepanjang tahun 2008. Semuanya aku jadikan pengalaman dalam menjadikan diri semakin matang dalam menempuh kehidupan seterusnya. kalau nak cakap pengalaman pahit memang banyak. Terlampau banyak sampai kekadang aku termenung sendirian memikirkan nasib sendiri.

Tetapi bak kata pepatah "life goes on", walau banyak mana pun peristiwa yang berlaku, aku akan kenang selamanya. Mungkin bagi sesetengah orang mereka mudah melupakan apa yang berlaku dalam hidup. Hari ini bersama dengan orang ini esok dengan orang lain. Terlampau banyak peritiwa menyedihkan berlaku dalam hidup aku. Terlampau banyak jugak hati aku terhiris dengan orang yang aku sayangi. Memang betulah kata orang "Kadang kala orang yang paling kita sayang lah paling sukar kita fahami".

Aku faham itulah nama nya kehidupan. Berat mcm mana pun hidup ini, sukar macam mana pun perasaan kita kena hadapi nya dengan tabah. Perjalanan kita sebenarnya di muka bumi ini adalah singkat. Entah esok atau lusa mungkin atau tidak berada dimuka bumi tuhan ini.

Bagi aku tidak ada apa yang perlu dikesalkan dalam hidup. Aku akan cuba untuk menjalani hari hari dengan seadanya. Semoga 2009 memberikan aku sinar

Happy Birthday Ziana @ Mayang Sari PD

Tahun nie sempat g PD bersama sama dengan Ahli Fan Club Ziana Zain kat PD.
Aku bersama Azzhar naik kereta sendiri so sampai lambat. nasib baik aktiviti tak mula lagi.
Anyway separuh dari pada perbelanjaan ditanggung oleh ziana sendiri. Aku berkongsi apartment bersama dengan admin rexno. Banyak jugak axtiviti dijalankan. Berikut adalah gambar2 yang sempat dirakamkan.

Siapa yang cakap Ziana Zain Sombong aku pun tak tau sebab sepanjang 2 hari dijalankan dia mmg giler2 pecah perut beb!!

Ziana you rock!! AJL pun nak g tunggu pic AJL ok


Sign poster aku ambik gambar tgok la aku dah naik legam main volley ball pantai dapat no 2


aktiviti Petang

makan time

Ziana Zain Celup


Dinner Yummy


Ngn Zack


Potong jgn tak potong

kak lisa - Pegurus Ziana Zain( bukan main pun kak lisa nie takut hitam daa)

Sunday, December 28, 2008

My Favorite Pictures

Beberapa Koleksi Gambar yang paling aku suke



Gambar diambil pada tahun 2005


Gambar Putrajaya




Putrajaya Mei 2008


Putrajaya Mei 2008


Putrajaya


Menara Abdul Samad Jun 08




Bukit Bintang Oct 08


Faces of Me dulu dan sekarang
















JW Marriott @ Bukit Bintang

28th Dec 2008

Dulu aku pernah keje kat Sini selama beberapa tahun. Saje semalam
selepas gi Low Yatt ajak Nero member aku dari Kelantan bergambar kat ctu.
Anyway Marriot ni banyak meninggalkan kenangan pahit manis. Dalam pada tu sempat gak pose kat Lift dia.. huhuh...



Mariott Bukit Bintang


Model hehehe..