Monday, December 1, 2008

Nukilan

Berikut adalah beberapa hasil nukilan yang pernah aku catatkan~

Love
never say I Love You, if you really don't care...never talk about feeling, if they aren't really there...never hold my hand, if you are going to break my heart...never say you are going to , if you don't plan to start..."

Pengorbanan Cinta

Percintaan disulami dengan bunga kasih sayang memang indah. Hati kerap berdegup dikala nama orang yang disayangi berlabuh di layar jiwa mahupun tika ianya muncul di paparan skrin telefon.. Kenangan demi demi kenangan disingkap dengan memori yang sangat mengasyikkan.

Namun bukan semua percintaan yang dilalui mengukir bait bait indah. Kadang kala hati sering meragui kasih sayang yang diberikan. Meragui setiap janji yang dikatakan. Bukan mudah untuk untuk berkata ya pada setiap permintaan, kemahuan dan keinginan. Bukan jua mudah untuk memahami pelusuk jiwa hatinya.

Seringkali disogok dengan kata kata "saya sayang awak", I miss you dan banyak lagi ungkapan madah cinta acapkali dilafazkan mahu pun dikirim melalui sms. Ungkapan ini seumpama ringan dan senang. Apatah lagi jika yang mengungkapkan nya ialah jari yang menekan butang butang kekunci pada telefon yang dimiliki. Tetapi fikirkan lah kembali adakah kata kata ini dilafazkan dengan kesungguhan dan lahir dari hati yang tulus?. Cinta sebenarnya bukan diukur dari kata kata, bukan juga dari sms yang diterima.

Cinta adalah pengorbanan. Adakah jika tidak mengungkapkan kata kata cinta maka ianya bukan cinta yang sejati? Adakah kata kata itu ada kayu pengukurnya iaitu madah cinta?. Sememangnya perit untuk berkorban. Sukar untuk meroboh tahap keegoan seseorang sekiranya diminta berkorban. Banyak alasan ciptaan untuk memastikan ego tidak diusik atau dijadikan subjek.

Betullah kata sesetengah pihak, Cinta itu BUTA. Adakalanya hati diruntun rasa sakit yang tak tertanggung. Pedih mengcengkam ke hulu hati. Pedih sehinggakan tumpuan untuk bekerja hilang. Rasa marah, geram dan seribu persoalan bermain di hati kerana terpaksa berkorban untuk mengembirakan perasaan orang lain. Namun dek mahu selamatkan hubungan yang dinamakan cinta, perasaan itu terpaksa ditolak jauh jauh, jauh dari sudut hati yang luka dan kemudian berpura pura tersenyum agar nampak Cinta itu.

Namun sampai bila harus berkorban demi satu perkataan Cinta? Umpama kayu membakar diri menerangi orang lain. Umpama lilin cair menerangi ruang. Hati sering tertanya-tanya adakah cinta ini sememangnya begitu? Sakit dan memedihkan. Adakah layak digelar cinta sekiranya hanya diri sendiri terbakar? Selama mana mampu untuk bertahan atas nama cinta? Cinta bukan pengorbanan satu pihak. Cinta adalah cantuman dua jiwa yang perlu saling mengerti, saling membalut sekiranya terluka. Menemani dikala kesunyian. Kerana itulah sebenarnya CINTA.
Soulless 04/05/2008 8.00 pm

Hati akan selalu merinduimu..

Cinta adalah suatu perasaan yang indah...
Tak semua cinta akan berakhir dengan kebahagiaan.
Mimpi selalu dibuai dengan kenangan dan bait bait kata kata syahdu..

Cinta memerlukan pengorbanan..
Hati selalu mengingati apa yang terjadi, apa yang terjalin
Hati juga akan redha dengan pemergian seseorang kerana hati adalah sesuatu yang tidak boleh dipaksa..

Dengan perasaan yang berat aku lepaskan dikau agar bisa lihat kau bahagia..

Soulless 6hb September 2008 4.00am..
Aku akan menghasilkan beberapa lagi nukilan~ wait and see

No comments: